Drama Andainya Takdir 2 (TV3)

Andainya Takdir 2

Nantikan kemunculan drama Andainya Takdir bagi musim kedua. Masih mengekalkan tunjang utamanya iaitu Shukri Yahaya, Nina Iskandar dan Puteri Balqis. Turut menampilkan pelakon seperti Mas Khan, Syazuwan Hassan, Farahdhiya dan ramai lagi. Drama terbitan A. Aida Production ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Akan bersiaran mulai 13 Jun 2018, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : ANDAINYA TAKDIR II
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : TV3
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
IDEA ASAL : Dato A.Aida
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : A. AIda Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Faradhiya, Neera Azizi, Sheila Mambo, Idris Mat Diah, Rosnah Mat Haris, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Nafiez Zaidi, Putra Amaris, Annie Arifin, Dian P Ramlee, Anne Abdullah, Norlie Tamam, Ezzaty Abdullah, Jumal Yunus 

WATAK PELAKON 
Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Puteri Balqis sebagai Aleya
Syazuwan Hassan sebagai Hafiz
Mas Khan sebagai Nizam
Neera Azizi sebagai Sofea
Sheila Mambo sebagai Normah
Idris Md Diah sebagai Jalal
Rosnah Mat Haris sebagai Limah
Dian P Ramlee sebagai Salmah
Annie Ariffin sebagai Norlin
Farahdhiya sebagai Rogayah
Adiba Yunus sebagai Liza
Erry Putra sebagai Mushin
Putra Amaris sebagais Rozali 
Anne Abdullah sebagai Siah
Jasmine Ashraff sebagai Kak Long

LAGU TEMA / OST 
Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
Yang Terindah - Escape Plan

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2
Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai. Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya.

Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri. Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dari Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.

GAMBAR PELAKON
Andainya Takdir 2

Pelakon Andainya Takdir 2