,

Drama D[O]SA (Astro)

January 29, 2018

dosa poster

Astro akan membawakan siri mini nusantara pertama di bawah slot ‘An Astro Original Series’ berjudul DO[S]A. Drama Dosa merupakan naskhah gabungan karyawan Saniboey Mohd Ismail dari Malaysia dan Salman Aristo dari Indonesia. Diarahkan oleh Ifa Isfansyah yang merupakan Pengarah Terbaik Festival Filem Indonesia 2011. Siri original yang bergenre aksi ini mempunyai 8 episod; ‘Khianat’, ‘Tamak’, ‘Nafsu’, ‘Dengki’, ‘Derhaka’, ‘Fitnah’, ‘Munafik’ dan ‘Fitnah’. Dibintangi pelakon-pelakon dari Malaysia, Indonesia dan Singapura seperti Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Dato M. Nasir dan ramai lagi. DO[S]A akan ditayangkan di Astro First saluran 480 mulai 14 Februari 2018 dengan langganan RM19.10 untuk tontonan kesemua episod dalam tempoh 10 hari dari waktu pembelian.

JUDUL : DO[S]A
JUMLAH EPISOD : 8 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Februari 2018
SIARAN TV : Astro First saluran 480
PENULIS SKRIP : Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo
PENGARAH : Ifa Isfansyah
TERBITAN : rie Zaharie Production & Capitol Entertainment Production
PELAKON : Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Reuben Elishama, Hannah Al-Rashid, Daniella Sya, Tega Satrya, Roy Marten, Maudy Koesnadi, Dato M Nasir, 

SINOPSIS DO[S]A
Mengisahkan tentang empat beradik dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Latif (Dato’ M. Nasir), dengan nilai-nilai kesederhanaan, pegangan agama yang kuat, dan disiplin persilatan. Fuad (Ashraf Sinclair), Farid (Remy Ishak), Fahad (Hisham Hamid), dan Fara (Shenty Feliziana) hidup bersama bapa mereka dipelusuk paling sunyi Kampung Baru, Kuala Lumpur. Di situ, mereka menjalani kehidupan hampir tersembunyi daripada masyarakat, berlatih ilmu persilatan hari demi hari. Seolah-olah bersiap-siaga untuk menghadapi sesuatu. Rungutan mereka, terutama daripada Fara yang semakin memberontak langsung tidak diendahkan oleh bapa mereka. Rutin harian yang memerlukan adik-beradik ini bertumbuk, bertendang dan berhayun parang sesama sendiri akhirnya turut mewujudkan ketegangan di antara mereka di luar gelanggang. 

Perhubungan keluarga ini semakin bergolak apabila Fara berkenalan dengan seorang lelaki Indonesia, Arian (Reuben Elishama), yang tiba dari Jakarta semata-mata untuk berjumpa dengan Latif. Dalam usaha Arian melembutkan hati Fara untuk membawanya bertemu dengan Latif, mereka menjadi semakin rapat. Menyedari akan hal ini, abang sulung Fara, Fuad yang seolah-olah mengetahui tujuan Arian mencari Latif menghalang Fara untuk terus bertemu dengan Arian. Fuad kemudian bertindak mengusir Arian pulang ke Jakarta. Menjanjikan bahawa Latif tidak mahu lagi ada kaitan dengan ‘orang-orang seperti Arian’. 

Berang dengan tindakan Fuad, Fara bertindak mengekori Arian ke Jakarta, tanpa mengetahui bahaya yang menanti dirinya di situ. Sebaik sahaja Fara keluar daripada pintu ketibaan di lapangan terbang Jakarta, dia terus diculik, dihumban ke dalam van, lalu dikurung di dalam sebuah gudang. 

Tidak mengetahui nasib adik mereka, Fuad, Farid dan Fahad dihantar Latif ke Jakarta untuk membawa adik mereka pulang. Di sana, ketiga-tiga beradik itu sering mendapati diri mereka diserang tanpa sebab yang pasti, sekaligus memaksa mereka untuk mempertahankan diri di dalam pertempuran-pertempuran yang ganas. Arian yang baru mendengar mengenai berita penculikan Fara turut berganding bahu membantu abang-abang Fara. Semakin lama mereka di Jakarta, semakin banyak yang mereka mula fahami tentang asal usul keluarga mereka dan siapa bapa mereka yang sebenarnya. Sebelum mereka sedari, mereka terjerumus di tengah-tengah pergelutan kuasa di dalam dunia kongsi gelap Jakarta. Hanya mereka yang mampu menamatkan perang ini, walau sebesar mana pengorbanan yang diperlukan.


You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow