Wira Di Lapangan (Majalah 3)

January 09, 2017

Wira Di Lapangan

Saksikan laporan 'Wira Di Lapangan’ dalam program Majalah 3 yang akan bersiaran pada hari Isnin, 9 Januari 2017, jam 9.00 malam di TV3. Dokumentari mengenai tangungjawab Perkhidmatan Kebombaan dan Menyelamat Lapangan Terbang Malaysia Airports.

SINOPSIS WIRA DI LAPANGAN
Pesawat berlepas dan mendarat tempoh paling berisiko dalam satu-satu penerbangan. Malang boleh menimpa tanpa diduga. Pesawat sarat dengan minyak bagaikan bom masa yang menanti detik mencetuskan malapetaka.

Mujur terdapat mereka yang bersedia untuk menyelamat pada bila-bila masa.Kehadiran mereka di setiap lapangan terbang bagai tidak disedari…namun peranannya amat besar.

Merekalah Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) wira yang tidak didendang.

Majalah 3 meninjau tugas anggota dan pegawai AFRS di KLIA, latihan kebakaran yang dijalankan pasukan AFRS di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, hari pertama pelatih AFRS di Pusat Latihan Malaysia Airports dan cabaran pegawai bomba bertugas di Padang Terbang Marudi, Sarawak.

Jentera terbabaru AFRS - Rosenbauer Panther CA5 ialah jentera utama yang digunakan sejak tahun 2012. Malaysia Airports memiliki lebih 20 jentera canggih ini yang digunakan dalam situasi kecemasan di beberapa lapangan terbang di Malaysia. Jentera yang membawa agen pemadam api itu seberat 38 tan dan boleh mencapai kelajuan 120 km/j. 

Setiap anggota dan pegawai AFRS perlu bersedia daripada segi kecekapan menjalankan tugas dan kecergasan fizikal pada setiap masa. Oleh itu, setiap tahun mereka akan melalui ujian manakala latihan dijalankan secara sistematik yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan menyelamat di lapangan terbang. 

Wartawan Irin Putri Azmi telah menyahut cabaran dengan mencuba latihan menggunakan alat pernafasan sambil melalui halangan dalam kawasan gelap, sempit dan berasap. Ia sebagai persediaan berhadapan keadaan seperti itu dalam kejadian sebenar.

Lebih 50 pelatih telah melapor diri di Pusat Latihan Malaysia Airports untuk menjalani latihan asas kebombaan. Antaranya Nor Azam Mad Khairen, 29. Pemegang ijazah Kejuruteraan Mekanikal ini meninggalkan kerjaya dalam bidang minyak dan gas untuk mengejar impian menjsdi sebahagian pasukan menyelamat.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow