,

Cermin Kasih (TV3)

15:03:00

Cermin Kasih

JUDUL : CERMIN KASIH
TARIKH / MASA : Ahad, 30 Oktober 2016, 3.00 petang
SIARAN : TV3 (Drama Terbaik Anugerah Skrin )
CERITA ASAL:  Kip Adlie
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Shahiezy Sam, Fazlina Ahmad Daud, Raja Ilya, Sri Nurmannis Norhazman, Alif Hilman, Mak Engku, Adik Luvvna, Fazlina Ahmad Daud, Wilma, Zulkifli Ismail

LAGU TEMA / OST CERMIN KASIH
Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu - Uji Rashid
Gelombang - Salamiah Hassan 

SINOPSIS CERMIN KASIH
Kehidupan Marina bertukar apabila dijodohkan dengan pemuda pilihan orang tuanya iaitu Amran. Hakikatnya, Amran adalah pengedar dadah. Marina dipaksa oleh Amran untuk terlibat sama dan akhirnya dia diberkas polis. Amran pula meninggal dunia akibat ditembak polis. Melalui sisi gelap di penjara, Marina disahkan mengandung. Gangguan emosi melanda Marina dan akhirnya lahirlah Maryam. Selaras dengan peraturan penjara, Maryam dipisahkan daripada Marina apabila menginjak 3 tahun. Maryam dipelihara oleh ibu bapa Marina iaitu Pak Hamdan dan Mak Jah. Mereka hanya dipertemukan di antara cermin kaca setiap kali melawat Marina di penjara. Tiba hari pembebasan Marina. Dia pulang dan mendapati sekujur tubuh Maryam di atas katil menanti kepulangannya. Maryam meninggal dunia pada hari yang sama Marina dibebaskan. Namun, hajatnya untuk mengucup dahi anaknya tercapai sebelum Maryam pergi buat selamanya.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow