, ,

Drama Amsyar (TV9)

06:00:00

Amsyar

Nantikan drama bersiri baharu terbitan Zeel Production berjudul Amsyar. Sebuah kisah kekeluargaan yang mencengkam emosi. Membariskan pelakon seperti Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Faralyna Idris dan ramai lagi. Drama arahan Murali Abdullah itu akan bersiaran mulai 28 Oktober 2016, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea TV9 dan akan diulang tayang di TV3.

JUDUL : AMSYAR
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 Oktober 2016
HARI / MASA : Selasa-Ahad, 8.30 malam
SIARAN : Slot Azalea TV9
SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Ben Ladin, Redza Rosli, Elly Mazlein, Nafiz Muaz, Hairi Safwan, Wina Azlan, Nada Syuhada, Juedian Omar, Wan Umar Harith , Tatty Hassan, Puteri Danyllea, Haff Ridzwan, Sabhi Saddi, Kairul Nizam, Faralyna Idris, Asyraf Aley, Farzana Latif, Alyana

WATAK PELAKON
Ben Ladin sebagai Amsyar
Redza Rosli sebagai Shahrul
Elly Mazlein sebagai Waheeda
Hairi Safwan sebagai Azhar
Nafiz Muaz sebagai Hisyam
Wina Azlan sebagai Azwa
Nada Syuhada sebagai Mariah
Juedian Omar sebagai Lia
Wan Umar Harith sebagai Fariz
Tatty Hassan sebagai Aisya Fellah

LAGU TEMA / OST AMSYAR
Lagu : Percuma
Penyanyi : Sabhi Saddi

Lagu : Sabarlah Hati
Penyanyi : Elly Mazlein

Video & Lirik : LINK

SINOPSIS AMSYAR
Mengisahkan Amsyar (Ben Ladin) yang merupakan anak tunggal kepada Farid (Kairul Nizam) dan Arfah (Faralyna Idris). Selepas pemergian ibu bapanya, tiada siapa yang hendak menjaganya. Apatah lagi Amsyar masih muda dan masih bersekolah.

Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memikulnya semahu hati.

Tiada sesiapa yang ingin menjaganya kecuali Shahrul (Redza Rosli), Pak Ngahnya. Isteri Shahrul, Lia (Juedian Omar) langsung tidak menyukainya dan mengangap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.

Tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya, Amsyar lebih rela menetap di sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya. Malangnya, Teratak Kasih itu tidak dapat menerima penghuni baharu pada ketika itu. Jadi terpaksalah dia berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya itu dan terus terseksa. Kehidupan Amsyar amat derita dan dia diperlakukan seperti bola.

Amsyar pernah jatih sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Siapakah Amysar ini? Adakah penderaan akan berakahir?

GAMBAR PELAKON
Amsyar TV9

Pelakon drama Amsyar
Pelakon utama drama Amsyar

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow