Raya Tak Raya (TV9)

Raya Tak Raya

Saksikan telefilem Raya Tak Raya tayangan sempena hari raya Aidiladha. Dilakonkan oleh Ben Ali, Hamdan Senario, Rohaya DFKL, Aleeza Kasim dan ramai lagi. Sebuah telefilem arahan Jet Lee dan diterbitkan oleh Enuja Production Sdn Bhd. Bersiaran pada hari Isnin, 12 September 2016 jam 8.30 malam di TV9 .

JUDUL : RAYA TAK RAYA
TARIKH / MASA : Isnin, 12 September, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
PENGARAH : Jet Lee (Nazir Juhan)
SKRIP : Mohd Shahremy Ikmal
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Ben Ali, Hamdan Senario, Rohaya DFKL, Aleeza Kasim, Faiz Tapaw, Natasha Elyzza, Sharifah Shareen

SINOPSIS RAYA TAK RAYA
Fairuz merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang fesyen di kolejnya. Dia terkenal kerana pandai menjahit baju dengan cantik dan kemas. Ibu dan bapanya, Pak Saad dan Mak Kiah amat bangga dengan anak mereka. Disebabkan terlalu teruja, Pak Saad dan Mak Kiah telah menerima tempahan dari seluruh kampung secara berlebih-lebihan. Deretan tempahan yang banyak membuatkan Fairuz terkejut dan tidak mampu untuk menyiapkan setiap tempahan sebelum raya tiba. Oleh kerana berasa cemas akibat tidak dapat menyiapkan semua tempahan baju, Pak Saad, Mak Kiah dan Fairuz telah pun melarikan diri. Adakah mereka akan menyiapkan segala tempahan baju sebelum Hari Raya?