,

Aku dan Adik (Cerekarama TV3)

14:00:00

Aku dan Adik

Saksikan telefilem Aku dan Adik arahan Khir Rahman di terbitkan oleh Mermaid Studios Sdn Bhd. Di bintangi barisan pelakon Liyana Jasmay, Afieq Shazwan, Adam Lee dan ramai lagi. Disiarkan pada hari Sabtu ini pukul 9 malam menerusi slot Cerekarama TV3.

JUDUL : AKU DAN ADIK
TARIKH / MASA : Sabtu, 10 September 2016, 9 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
SKRIP : Siti Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Khir Rahman
TERBITAN : Mermaid Studios Sdn Bhd
PELAKON : Liyana Jasmay, Afieq Shazwan, Shahrul Nizam, Adam Lee, Fazlina Ahmad Daud

SINOPSIS AKU DAN ADIK
Hanif, seorang jejaka berusia 18 tahun sangat rapat dengan kakaknya Ira yang hanya tua setahun darinya. Mereka berasal dari kampung. Sejak kecil lagi, Ira ditatang bagai minyak yang penuh. Ira cantik, pandai dan dijangka dapat membantu keluarga mengubah hidup. Manakala Hanif pula selalu dianggap sebagai anak yang harus melakukan segalanya. Bukan ramai yang menyangkakan bahawa Hanif mampu mendapat keputusan yang cemerlang di Tingkatan 6 dan mendapat tempat di maktab perguruan. Ibu bapa Hanif sangat gembira dan memberikan wang simpanan kepada Hanif sebagai perbelanjaan di maktab. Namun pada hari yang sama, Ira pulang dengan sebuah berita buruk. 

GAMBAR PELAKON
Pelakon Aku dan Adik
Pelakon telefilem Aku dan Adik
Aku dan Adik TV3
barisan pelakon

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow