,

Ada Hantu Malam Raya (TV3)

04:21:00

Ada Hantu Malam Raya

Telefilem khas Aidilfitri bertajuk Ada Hantu Malam Raya akan disiarkan pagi petang 1 Syawal nanti, pukul 2 petang di TV3. Menampilkan lakonan pelawak Malaysia iaitu Issey BMB, Ammar BMB, dan Achok BM.

JUDUL : ADA HANTU MALAM RAYA
TARIKH / MASA : Rabu, 6 Julai, 2.00 petang
SIARAN : TV3
SKRIP :  MF Kencana
PENGARAH : Hisham Rejab
TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd
PELAKON : Issey BMB, Ammar BMB, Achok BMB, Ruminah Sidek, Shikin Kamal,
Da’i Annas, Along Eyzendy, Deha Safai

SINOPSIS ADA HANTU MALAM RAYA
Mengisahkan tiga sahabat, Issey, Ammar dan Syafik yang dalam perjalanan pulang ke kampung. Oleh kerana kereta mereka yang agak uzur, perjalanan mereka mengambil masa yang lebih lama daripada biasa. Ketika perjalanan, Issey mula menceritakan kisah-kisah seram untuk hilangkan perasaan mengantuk. Tiba-tiba, sesuatu tidak kena pada kereta mereka dan terhenti di bahu jalan. Seorang nenek tua bersama cucunya menghampiri mereka dan menjemput mereka berehat di rumah Nek Nek sementara menunggu mekanik tiba. Mereka pun mengikut Nek Nek dan cucunya tanpa mengenali siapakah gerangan mereka berdua.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow