,

Kau Ilhamku (Cerekarama TV3)

17:05:00

kau ilhamku tv3

Nantikan telefilem Kau Ilhamku yang akan disiarkan di slot Cerekarama TV pada 4 Jun 2016, sabtu, jam 9 mlm. Sebuah telefilem arahan ‪Kas Roshan‬ dibawah terbitan Enuja Production Sdn Bhd. 

JUDUL : KAU ILHAMKU
TARIKH / MASA : Sabtu, 4 Jun 2016, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Kas Roshan
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Izzy Zulkhazreef, Izreen Azminda, Ghazali Abu Bakar, Dato Aziz Singah, Fauzi Nawawi, Jasmin Hamid, 

SINOPSIS KAU ILHAMKU
Mengisahkan tentang pengorbanan seorang guru. Ramzi menghadapi kenakalan anak lelakinya Jefri yang berusia 17 tahun. Apabila dimarahi oleh Cikgu Suzanna, Jefri melonggarkan keempat-empat roda kereta gurunya sehingga dia digantung sekolah. Hal ini mengimbas kembali kesalahan yang sama yang pernah dilakukan oleh Ramzi 35 tahun yang lalu. Pada waktu itu setelah dirotan oleh Cikgu Kassim, Ramzi memutuskan brek motosikal gurunya dan atas kesalahan lain yang dilakukannya Cikgu Kassim ditukarkan ke sekolah lain. Namun, Ramzi tidak pernah memohon maaf. Apabila melihat kenakalan Jefri, Ramzi amat menyesal dan sentiasa berusaha mencari Cikgu Kassim untuk memohon maaf. Tanpa disangka rupa-rupanya Cikgu Suzanna ialah anak Cikgu Kassim. Pada akhir cerita ini Ramzi berkesempatan menemui Cikgu Kassim dan memohon maaf atas kesalahannya yang mungkin mmenggores hati cikcunya itu. Jefri juga mula berubah.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow