,

Drama Cinta 11 Syarat (Astro)

11:00:00

Cinta 11 Syarat

Global Station Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Cinta 11 Syarat karya Muna Mahira. Diarahkan oleh Keoi Hj Khalid. Akan menampilkan gandingan tiga pelakon iaitu Aqasha, Bella Dally, dan Iqram Dinzly. Drama Cinta 11 Syarat dijadualkan bersiaran mulai 6 Jun 2016, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petand di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD

JUDUL : CINTA 11 SYARAT
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 6 Jun 2016
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima 105 & Astro Maya HD 135
PENGARAH : Keoi Hj Khalid
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aqasha, Bella Dally, Iqram Dinzly, Anne Abdullah , Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Cinta Deline, Syamin Azlah, Kazar, Delimawati, Helmi Husaini, Syahera Manrose, Kuna Muzaini, Lazizah Ahmad, Noor Ismaliza 

WATAK PELAKON 
Aqasha sebagai Haziq
Bella Dally sebagai Rasya
Iqram Dinzly sebagai Syahrie
Anne Abdullah sebagai Saodah
Farisha Irwayu sebagai Jannah
Afifah Nasir sebagai Hana
Cinta Deline sebagai Syairah
Syamin Azlah sebagai Jaslene
Kazar sebagai Pak Omar
Delimawati sebagai Mak Eton
Syahera Manrose sebagai Abirah
Kuna Muzaini sebagai Laila
Idan sebagai Haziq
Lazizah Ahmad sebagai Markonah
Noor Ismaliza sebagai Mak Siti

LAGU TEMA / OST CINTA 11 SYARAT
Lagu : Katakan
Artis : Harris Baba
Video & Lirik : Link

SINOPSIS CINTA 11 SYARAT
Rasya - Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah.

Haziq aka Komeng – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

Bersatulah Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq. Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati.

Penerimaan Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.

GAMBAR PELAKON 

Pelakon Cinta 11 Syarat
Pelakon drama Cinta 11 Syarat
Drama Cinta 11 Syarat
Haziq & Rasya
Cinta 11 Syarat 2016
Drama Cinta 11 Syarat bulan puasa nanti

You Might Also Like

1 comments

recent posts

Facebook

Follow