,

Telefilem Dari Asar Ke Isyak (TV2)

18:37:00

Dari Asar Ke Isyak
Jangan lupa saksikan tayangan bagi telefilem 'Dari Asar Ke Isyak' lakonan terakhir Seniwati Allahyarhamah Maimon Mutalib. Telefilem istimewa sempana hari Ibu itu akan disiarkan pada hari Selasa ini, jam 10 malam di slot Citra TV2 (RTM).

JUDUL : DARI ASAR KE ISYAK
TARIKH / MASA : Selasa, 10 Mei 2016, 10 malam
SIARAN : Slot Citra TV2
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Emma Maembong, Maimon Mutalib, Faizal Hussein, Sofi Jikan, Naim Daniel, Bell Ngasri, Sweet Farhana, Lisdawati

SINOPSIS DARI ASAR KE ISYAK 
Kisah seorang wanita yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh madunya. Beliau berhasrat untuk bertemu dengan kesemua anak suaminya setelah dibebaskan kelak. Hasratnya melihat keharmonian keluarga mereka menjadi lebih bermakna dengan kehadiran suaminya walaupun dia tidak waras. Kasih sayangnya mengatasi sejarah silam yang suram. 

Fatini (Maimon) yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh suaminya. Suaminya, Badron (Soffi Jikan) mempunyai ramai isteri dan Fatini adalah isteri keduanya.

Badron seorang lelaki yang rakus nafsu. Kahwin cerai sudah menjadi kebiasaan buatnya. Tidak cukup dengan empat isteri, dia juga turut mencabul anak-anaknya yang masih kecil tidak kira lelaki atau perempuan.

Suatu malam dia cuba mencabul anak perempuannya, Jawhara yang berusia dua tahun. Perbuatannya dilihat oleh isteri tuanya, Zainab. Apabila Zainab cuba menghalangnya, Badron mencekik Zainab sehingga mati.

Peristiwa ini disaksikan Fatini yang bertindak menikamnya dengan pisau. Ia juga disaksikan anak mereka, Syukri (Faizal Hussein) yang ketika itu berusia tujuh tahun. Zainab dan Badron meninggal dunia pada malam yang sama.

Kejadian itu mengakibatkan Fatini ditahan sebelum didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Dari Asar Ke Isyak TV2
Pelakon telemovie Dari Asar Ke Isyak

You Might Also Like

2 comments

  1. Pergghhh.. ade emma maembong tu.. aummmm

    ReplyDelete
  2. Macam xsama je sipnosis ni ngn cite sbnrnye..sy dh tgk mmg xsama langsung...

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow