,

Drama Mak Cun 2 2016 (TV3)

06:00:00

Mak Cun 2

Nantikan kemunculan semula Mak Cun untuk drama siri ke-2. Menampilkan pelakon yang sama dan baru seperti Norish Karman, Azrel Ismail, Dafi dan ramai lagi. Drama terbitan produksi Rumah Karya Citra Sdn Bhd itu diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Akan ditayangkan bermula 29 April nanti, setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di slot Zehra TV3.

JUDUL : MAK CUN 2
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 April 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9 malam
SIARAN : Slot Zehra TV3
PENGARAH : Bade Hj Azmi
TERBITAN : Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd
PELAKON : Eirma Fatima, Dato Rahim Razali, Balkisyh Samundur Khan, Azwan Kombos, Umie Aida, Nora Danish, Betty Rahmad, Dafi, Azrel Ismail, Norish Karman, Kuna Muzaini, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Erra Fazira, Izzue Islam

WATAK PELAKON
Eirma Fatima sebagai Mok Cun
Umie Aida sebagai Zennat Manisah
Dato Rahim Razali sebagai Pak Akob
Norish Karman sebagai Chombie
Balkisyh Samundur Khan sebagai Atul
Nora Danish sebagai Atun
Azwan Kombos sebagai Kamarul
Betty Rahmad sebagai Maya
Dafi sebagai Pian
Azrel Ismail sebagai Haidar
Fazlina Ahmad Daud sebagai Normah
Kuna Muzaini sebagai Mak Siah
Anne Abdullah sebagau Dati Linda
Ezzaty Abdullah sebagai Ayuni 

SINOPSIS MAK CUN 2
Sejak pulang dari Bangkok, bisnes bedak sejuk Mak Cun semakin maju. Pak Akob mula memasang strategi, sekiranya dia berjaya membawa pasaran bedak sejuk Mak Cun ke luar negara, barulah Mak Cun akan menikah. Manisah yang merasa terancam mula mengeluarkan produk pelangsingan baru. Walaupun Manisah seolah-olah baik dihadapan Mak Cun, dalam sudut hatinya masih menyimpan dendam terhadap Mak Cun. Sementara itu, timbul masalah apabila pengedar produk Mak Cun, Dato Noris tidak dapat dihubungi. Rupa-rupanya, kilang Dato' Noris telah ditutup. Oleh kerana itu Mak Cun kehilangan semua pelanggannya. Pada masa yang sama Mak Cun sedang mengatur persiapan perkahwinan Atul dan Kamarul.

GAMBAR PELAKON

Mak Cun 2

Drama Mak Cun 2016
Pelakon drama Mak Cun 2
Mak Cun Kahwin
Mak Cun dan si atul kahwin
Pelakon Mak Cun 2
Barisan pelakon
Pelakon drama Mak Cun 2016
Pelakon-pelakon

You Might Also Like

1 comments

  1. Kenapa watak perempuan Mak Cun 2 memakai pakaian orang India?

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow