Telefilem Hilangnya Kasih (TV9)

Hilangnya Kasih TV9

Fezrul Khan dan Janna Nick akan muncul bergandingan untuk telefilem terbaru berjudul 'Hilangnya Kasih'. Telefilem arahan sutradara terkenal Shuhaimi Lua akan disiarkan menerusi slot Skrin Di 9 pada 22 Februari nanti pada pukul 8.30 malam di saluran TV9.

JUDUL : HILANGNYA KASIH
TARIKH / MASA : Inin, 22 Februari 2016, 8.30 malam
SIARAN : Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Shahremy Ikmal
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Fezrul Khan, Normah Damanhuri, Hilal Azman, Balqish Semundur Khan, Eqbal Eisid

VIDEO PROMO 


LAGU TEMA / OST HILANGNYA KASIH 
Syamel Hidup Dalam Mati
Link : https://youtu.be/DLqQwYtBpQA

SINOPSIS HILANGNYA KASIH
Mengisahkan Qaisara (Janna Nick) dan Fuad (Fezrul Khan) pasangan suami isteri yang telah bercinta sejak di kolej lagi. Qaisara masih mempunyai kedua orang tuanya iaitu Pak Latif dan Mak Mah manakala Fuad adalah anak yatim. Fuad dibenci ibu mertuanya, Mak Mah kerana berasakan anaknya mampu mendapat suami yang lebih baik.

Kebahagian rumah tangga mereka direntap apabila suatu malam rumah mereka dimasuki pencuri. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Fuad dipukul di kepala dan kakinya ditetak batang besi. Fuad berjaya diselamatkan namun dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu sakit mental. Dia dijaga oleh Qaisara dengan penuh kesabaran.

Sebulan berlalu, Qaisara kembali bekerja dan Fuad dijaga oleh Pak Latif dan Mak Mah. Disebabkan keadaan Fuad yang di luar kawalan, dia dikurung. Penderaan mental dan fizikal yang diterimanya secara berterusan menyebabkan Fuad hilang pertimbangan. Sehingga suatu hari, Fuad hilang pertimbangan dan telah tertikam Mak Mah. Qaisara reda dengan dugaan berat yang menimpanya. Akhirnya Qaisara memohon fasakh walaupun perasaan sayang kepada Fuad tidak pernah pudar

GAMBAR PELAKON

Pelakon Hilangnya Kasih
Fuad & Qaisara
HilangnyaKasih TV9
Barisan pelakon
Telemovie Hilangnya Kasih TV9
Antara babak dalam telemovie Hilangnya Kasih