Sinopsis Ola Bola 2016

18:47:00

Ola Bola


TAJUK : OLA BOLA
Tarikh Tayangan : 28 Januari 2016
Klasifikasi: U 
Genre : Drama / Sukan
Pengarah : Chiu Keng Guan
Pelakon : Bront Palarae, Chee Jun Cherng, Luqman Hafidz, Mohamad Taufiq, Saran Kumar, Marianne Tan, Katrina Ho,
Terbitan : Astro Shaw / Tayangan Unggul

SINOPSIS FILEM OLA BOLA
Diinspirasikan daripada kisah benar mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekaligus muncul sebagai wira negara. 

Marianne (MarianneTan), seorang wartawan telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama pada era 80an dahulu yang mana ketika itu nama Malaysia dalam sukan bola sepak begitu digeruni oleh pasukan lawan khasnya di rantau Asia ini. Marianne mula merasa bosan dengan kerjayanya dan membuat keputusan untuk berhijrah ke England. Sebelum dia meninggalkan negara, dia membuat keputusan untuk menyiapkan tugasannya buat kali terakhir. Namun, dia menemui suatu perkara yang ternyata mengubah hidupnya.

Mengimbau kembali ketika di awal era 80-an, pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran di mana pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat mereka dan harapan negara.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow