Drama Rahsia Hati Perempuan

Rahsia Hati Perempuan

Nantikan drama Rahsia Hati Perempuan yang bakal disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Menampilkan gandingan Hisham Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose sebagai teraju utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini bakal bersiaran disiarkan menjelang Ramadan nanti. 

JUDUL : RAHSIA HATI PEREMPUAN
JUMLAH EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Hyperpictures Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Neera Azizi, Ziha Salleh, Nadya Syahera, Natasha Elyzz, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris

WATAK PELAKON 
Hisyam Hamid sebagai Zayn 
Mira Filzah sebagai Ilaina 
Fikry Ibrahim sebagai Mikael
Uqasha Senrose sebagai Arissa
Mak Wan sebagai Tok Wan
Fauziah Ahmad Daud sebagai Suraya
Lydiawati sebagai Laila
Eina Azman sebagai Ayra
Amir Nafis sebagai Adzim
Ziha Salleh sebagai Saerah
Duerra Mitilda sebagai Ilaina
Redzwan Adha sebagai Zyan
Shah Faris sebagai Mikael

LAGU TEMA / OST 
Rahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna
Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Video → LINK

SINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUAN
Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara, Australia. Mereka saling membalas surat namun malang menimpa Zayn dan Mikael apabila rumah mereka musnah terbakar menyebabkan mereka terputus hubungan

Ketika sudah dewasa, Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan yang dialami Zayn akibat perkahwinan yang dibatalkan oleh Ayra. Semasa bercuti, Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael dan merancang untuk menyatukan semula hubungan Ilaina dengan bekas kekasihnya, Adzim.

Hubungan Ilaina dan Mikael kian rapat. Ilaina masih ada hati dengan Mikael walaupun sudah lama terpisah. Pada masa sama, Arissa juga menaruh hati terhadap Mikael walaupun mengetahui Ilaina sukakan Mikael. Ayah Ilaina, Pak Mail pula ingin menunaikan janjinya dengan arwah ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dengan Mikael.

Mikael dan Zayn mengajak Ilaina pulang bersama mereka ke Malaysia namun dihalang oleh ibunya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn berhenti kerja dan ingin memulakan kerjaya sebagai penulis novel. Zayn berpura pura menjadi Mikael dalam talian untuk kekal berhubung dengan Ilaina. Mikael pula mendapati dirinya disahkan menghidap penyakit kanser namun dia tidak berterus terang dengan Zayn akan keadaannya.

Ilaina dan Arissa pulang ke Malaysia walaupun dihalang Puan Suraya. Mikael terpaksa bersetuju dengan Zayn untuk belum berterus terang yang sebenarnya selama ini Zayn yang sering berhubung dengan Ilaina.

Mika mengecewakan Ilaina bila Zayn yang muncul pada temu janji mereka. Adzim tiba dari Australia mencari Ilaina. Ilaina, Arissa, Mika masih merahsiakan penyakitnya dari kawan-kawan baiknya. Ilaina dapat tahu yang selama ini Zayn yang membalas surat dan kiriman mesejnya dan dia kecewa pada Zayn dan Mika. Encik Ismail dan Tok Dah bersetuju untuk menikahkan Ilaina dengan Mikail.

GAMBAR PELAKON
Rahsia Hati Perempuan