Balik Raya Ke Kita? (TV9)

Balik Raya Ke Kita

Telefilem Balik Raya Ke Kita? lakonan Azad Jasmin, Shery Al-Hadad dan Rosnah Mat Aris akan ditayangkan di TV9 pada malam hari raya pertama. 

JUDUL : BALIK RAYA KE KITA?
TARIKH / MASA : Ahad, 25 Jun 2017, 8.30 malam
SIARAN : TV9
SKRIP : Zyza Backy
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Tanah Beris Filem Produksi
PELAKON : Azad Jasmin, Shery Al-Hadad, Rosnah Mat Aris, Adik Danish Hazriq, Adik Indah Emmerlda, Amyza Aznan, Lia Natalia 

SINOPSIS BALIK RAYA KE KITA?
Sudah tiga tahun berturut-turut Farid menyambut Hari Raya di Sabak Bernam, kampung isterinya, Rina kerana mahu berjimat kos pengangkutan. Tahun ini, Farid bertekad untuk beraya di kampungnya. Anak-anak mereka juga teruja untuk beraya di kampung bapanya pula. Malangnya, kereta Farid rosak dan perjalanan mereka diteruskan dengan cara alternatif yang penuh dengan kejutan.