Separuh Akhir Muzik Muzik 31 (2016)

Muzik-Muzik 31

Sebanyak 30 lagu bakal bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-31 yang akan berlangsung pada 4 dan 11 November 2016 (Jumaat) di TV3. Bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam jam 9.00 malam. 30 buah lagu terbaik telah dipilih ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik, lima lagu daripadanya layak menerusi Showcase Muzik Muzik 31. Hanya 12 lagu yang bertanding bakal menuju ke Anugerah Juara Lagu (AJL31) yang akan diadakan pada 22 Januari 2017. Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir bakal dihoskan oleh Fara Fauzana dan Fizie Hot FM manakala Amelina, Haiza dan Sarah Fazny bakal mengadakan persembahan istimewa.

*Lagu Darah Muda dari kumpulan Bunkface telah menarik diri dan ia digantikan dengan lagu Demi Cinta oleh Ezad Lazim.

SENARAI LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 31 (2016)

MINGGU PERTAMA (4 NOVEMBER 2016)
1. Hyper Act - Takkan Pergi
2. Projector Band - Sudah Ku Tahu
3. Khalifah - Hang Pi Mana
4. Estranged feat Fazura - Hancur Aku
5. Sufian Suhaimi - Terakhir
6. Elizabeth Tan feat Faizal Tahir - Setia (Pengganti : Awi Rafael)
7. Harris Baba - Katakan
8. Ezad Lazim - Demi Cinta
9. Azhael - Mencinta
10. Ippo Hafiz - Kekal Bahagia
11. Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
12. Tasha Manshahar & Syed Syamim - Ragu-Ragu (Pengganti : Ernie Zakri)
13. Shiha - Seperti Novel Cinta
14. Mal Imran - Cinta Sukar Ditafsirkan
15. Janna Nick - Mungkin Saja
16. Mark Adam - Berat
17. Amyra Rosli feat Waris & Juzzthin - Ada Saja

MINGGU KEDUA (11 NOVEMBER 2016)
1. Hazama & The Penglipur Lara - Di Amaran Mama
2. Akim & The Majistret - Obses
3. Sakura Band - Polaroid
4. Syamel - Hidup Dalam Mati
5. KRU - Hingga Ke Jannah (Pengganti : Calpih Buskers)
6. Jaclyn Victor - Seindah Mimpi
7. Ayda Jebat - Pencuri Hati
8. Hafiz Suip & Misha Omar - Terimaku Seadanya
9. Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
10. Shila Amzah & Alif Satar - Selamanya Cinta
11. Syamsul Yusof & Mawi - Kalah Dalam Menang
12. Stacy - Romeo (Pengganti : Mimifly)
13. Black - Anugerah Terindah