,

Telefilem Nana (TV2)

June 16, 2017

Nana TV2

Telefilem Khas Hari Bapa berjudul NANA akan disiarkan di TV2 pada malam ini (Jumaat) pukul 10 malam di TV2. Menampilkan lakonan Zara Sophia, Fazreen Rafi, Puteri Najuwa, Amerul Affendi dan Norlia Ghani.

JUDUL : NANA 
TARIKH / MASA : Jumaat, 16 Jun 2017, 10.00 malam 
SIARAN : TV2 (Khas Hari Bapa)
PENGARAH : Deen Salih 
TERBITAN : Dermaga Seni Sdn Bhd
PELAKON : Zara Sophia, Amerul Affendi, Fazreen Rafi, Puteri Najuwa, Norlia Ghani, Man Belon

SINOPSIS NANA (TV2)
Kisahnya mengetengahkan seorang bapa bernama Ustaz Jak yang terpaksa pergi ke Kuala Lumpur mencari Dr. Sarina. Dr. Sarina merupakan doktor pakar yang merawat anaknya, Nana. Tujuan Ustaz Jak ke Kuala Lumpur untuk bertanya tentang rawatan susulan anaknya yang menghidap penyakit Autisme.

Sebagai seorang bapa, Ustaz Jak memang terlalu sayangkan Nana sehingga beliau tak pernah tinggalkan anaknya walau ke mana pun dia pergi. Dia sanggup berkorban apa sahaja demi anak kesayangan itu. 

Pada masa sama, Haris bergegas membawa isterinya, Dr. Sarina ke hospital kerana hendak melahirkan anak sulong mereka. Takdir Allah mereka telah terlibat dalam kemalangan yang melibatkan pertembungan sesama mereka. Kenderaan dipandu Haris bertembung dengan kereta Ustaz Jak. Malangnya Dr. Sarina dan Ustaz Jak disahkan meninggal dunia. 

Haris kemudiannya bertemu dengan Nana. Saat itu dia merasakan yang hidupnya kembali terisi dengan kehadiran Nana dan begitu juga dengan Nana. Kebetulan nama anak yang bakal dilahirkan arwah isterinya adalah sama dengan nama gadis kecil yang ditemuinya itu

Namun adakah Nana sememangnya ditakdirkan untuk menjadi pengganti anaknya? Begitu juga dengan Nana yang mendambakan kasih sayang dan perhatian seorang ayah?

Pelakon Nana tv2
barisan pelakon telemovie Nana

You Might Also Like

1 comments

  1. tv2, plssss download drama Nana dlm web @ tayang semula drama Nana.. plss.. sy x tgk semalam.. sbnarnya anak sy jg autism.. ���� sy ingt sgt2 nak menonton drama ne..

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow