Yang Terakhir Untukku (TV3)

Yang Terakhir Untukku

Istimewa sempena Aidiladha, TV3 akan menayangkan telefilem Yang Terakhir Untukku menampilkan pelakon-pelakon mantap seperti Sharnaaz Ahmad, Izara Aisyah, Aleza Shadan, Mahmud Ali Bashah dan ramai lagi. Telefilem yang diarahkan oleh Azmi Hatta itu akan bersiaran pada hari Isnin ini, pukul 10 malam di TV3. 

JUDUL : YANG TERAKHIR UNTUKKU
TARIKH / MASA : Isnin, 12 September, 10.00 malam
SIARAN : TV3 - Istimewa Aidiladha
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Izara Aisyah, Aleza Shadan, Dato’ Eizlan Yusof, Puteri Aisyah, Mahmud Alibashah, Redzuan Hashim, Syahfiq Fiqz, Kay Maria

SINOPSIS YANG TERAKHIR UNTUKKU
Mengisahkan seorang perompak bernama Jay telah membuat perjanjian dengan adiknya, Min, bahawa rompakan yang bakal dilakukan adalah rompakan yang terakhir sebelum mereka memulakan hidup baru. Untuk mendapatkan fail yang mengandungi kontrak yang diperlukan bosnya, Jay telah menyamar dan bekerja sebagai tukang kebun di rumah pasangan orang kaya. Jay mula berkawan dengan anak tuan rumah tersebut yang bernama Dhia. Namun pada suatu hari, Jay tidak menyangka yang Dhia sedang berada dalam rumah dan menyedari perbuatannya yang sedang memecah masuk bilik ayahnya. Dhia berasa sangat kecewa dengan tindakan Jay selepas dia ditangkap oleh pihak polis. Adakah persahabatan mereka masih akan kekal selepas apa yang telah berlaku?