
Nantikan filem epik aksi ‘Orang Perang’ arahan Hashim Rejab akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 1 Oktober 2026. Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar kaum Semai, berlatarbelakangkan Tanah Melayu pada era 1950-an ketika ancaman komunis menggugat keselamatan penduduk.
Orang Perang
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 1 Oktober 2026
Skrip: Rahman Nanyan
Pengarah: Hashim Rejab
Produksi: Nanord Studio Production Sdn Bhd
Watak Pelakon
Niezam Zaidi sebagai Bah Tangga
Ammar Alfian sebagai Pelangkin
Syazwan Zulkifli sebagai Bah Ayob
Fadhli Masoot sebagai Bah Sidap
Adam Corrie sebagai Chin Poh
Fauzi Nawawi sebagai Inspektor Syed Zainal
Izuan Razali sebagai Bah Panggal
Dewa Arteh sebagai Bah Kati
Josiah Hogan sebagai R.O.D Noone
Hairi Safwan sebagai Abdullah CD
Din Tamam sebagai Bah Samad
Mustaqim Bahadon sebagai Sarjan Abu
Kazar Saisi sebagai Namron
Razib Salimin
Vanida Imran
Wan Chai
Namron
Azhan Rani
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sumpah Leluhur
Penyanyi: Niezam Zaidi feat Elly Langkasuka
Sinopsis Orang Perang
Unit Senoi Praaq, sebuah pasukan elit Orang Asli di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia, pernah berjuang sewaktu era Darurat Malaya pada tahun 1950-an. Apabila pengganas komunis (Bintang Tiga) cuba menyelinap ke kawasan pedalaman serta mengeksploitasi komuniti Orang Asli terpencil sebagai penyokong dan pembekal bekalan, pegawai perisikan British, R.O.D. Noone, telah mencadangkan penubuhan satu pasukan khas yang kemudiannya diluluskan oleh Jeneral Sir Gerald Templer pada tahun 1956. Dianggotai sepenuhnya oleh pahlawan Orang Asli daripada suku Semai dan Temiar, unit ini menggembleng taktik ketenteraan moden bersama kepakaran ilmu hutan warisan tradisi bagi menyempurnakan misi berisiko tinggi menjejak pemberontak komunis. Kehebatan ilmu jejak serta serangan hendap mereka bukan sahaja berjaya melindungi kampung halaman sendiri, malah mendapat pengiktirafan daripada agensi antarabangsa seperti CIA yang menggelar mereka sebagai "The Silent Killer".
