Aku Yang Kau Sakiti

Aku Yang Kau Sakiti

Saksikan drama Aku Yang Kau Sakiti menerusi slot Samarinda bermula 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.

Aku Yang Tersakiti

Episod: 20
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2023
Waktu Siaran: Isnin - Khams, 10:00 malam  
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Farhana Fauri
Pengarah: Riza Baharudin 
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Lagu Tema (OST): Buat Ku Setia - Syah Putra & Hariz Fayahet

Watak Pelakon
Redza Rosli sebagai Raikal
Rita Nadira sebagai Amanda
Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
Fify Azmi sebagai Bella
Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
Jasmin Hamid sebagai Mak Su
Iman Suhana sebagai Sara
Syazwan Zulkifly sebagai Faris
Zazly Baginda sebagai Encik Rasyid
Syazuwan Hassan sebagai Shahrul
Natasya Mahyan sebagai Cika
Anies Hann sebagai Mia
Ain Yasmin sebagai Suzana

Sinopsis Aku Yang Tersakiti

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amanda (Rita Nadira) iaitu seorang anak yatim piatu. Dia kemudiannya telah dijaga oleh Tuan Zaki (Zamarul Hisyam) iaitu bapa Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki telah melayan Amanda seperti anaknya sendiri.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella. Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang. 

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?