Drama Melur Untuk Firdaus 2

Melur Untuk Firdaus 2

Nantikan drama Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim kedua menampilkan pasangan serasi Meerqeen dan Anna Jobling akan menemui penonton menerusi slot Akasia di TV3 bermula 16 Mac 2023, hari Khamis hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Manakala, khas untuk bulan Ramadan ini, slot Akasia akan disiarkan setiap hari bermula 20 Mac 2023, dari hari Isnin hingga Ahad, pukul 7.00 malam. Drama ini juga boleh distrim langsung dalam HD di Disney+ Hotstar. 

Melur Untuk Firdaus 2

Episod: 35
Tarikh Tayangan:
Mulai 16 Mac 2023, Khamis-Jumaat, 7:00 malam
Mulai 20 Mac 2023, Setiap Hari, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3  / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hasan
Pengarah: Zamri Zakaria & Arield Mohd Rifin
Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd

Lagu Tema (OST): 
Hanya You Dalam Kepala - Alam Antido
Pejam - Rahmad Mega

Watak Pelakon
Meerqeen sebagai Firdaus
Anna Jobling sebagai Melur
Eyka Farhana sebagai Mawar
Azim Yusof sebagai Zack
Fimie Don sebagai Haris
Sabrina Sharleen sebagai Rania
Kuza sebagai Kamariah
Azhar Amir sebagai Kamaruzzaman
Haleeda Mazlin sebagai Rohana
Zainol Ismail sebagai Nasaruddin 
Hani Nazrina sebagai Lili
Hairi Safwan sebagai Zain
Qaseh Qhairiena sebagai Damia
Taib Zamannuri sebagai Raikal
Tengku Tieya sebagai Nana

Sinopsis Melur Untuk Firdaus 2

Musim baharu ini bermula dengan kisah rumah tangga Melur (Anna Jobling) dan Firdaus (Meerqeen) yang kini kembali bahagia. Kedua-dua mereka ingin mengukuhkan perhubungan mereka namun mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam mencari kebahagiaan. Tambahan pula, Firdaus terpaksa mengendalikan projek syarikat di luar bandar, menyebabkan dirinya sibuk dengan kerja dan banyak meluangkan masa dengan rakan sekerjanya Mawar (Eyka Farhana). 

Melur teruja untuk mengembangkan kerjayanya dalam dunia penulisan buku kanak-kanak. Dalam usaha membuka syarikat penerbitan novel kanak-kanak, rakan kongsinya, Zackery (Azim Yusof) dalam diam menaruh hati kepada Melur.

Pada masa yang sama, Lili dan anaknya Damia kini hidup lebih tenang setelah suaminya Zain dipenjarakan. Namun, apabila Zain dibebaskan dari penjara, Lili mula rasa resah kerana trauma dengan perbuatan Zain memukulnya. Melur memujuk Lili supaya berdoa agar Zain insaf dan berubah perangai.

Mawar pula sebenarnya ingin bercuti ke luar negara tetapi ayahnya Tuan Idrus memaksa Mawar bekerja supaya bersedia untuk mengambil alih syarikatnya suatu hari nanti. Mawar enggan bekerja sehinggalah suatu hari secara kebetulan bertemu dengan Firdaus dalam situasi yang membuatkan hati Mawar bergelora. Peristiwa ini membuatkan Mawar terus bersemangat untuk bekerja. 

Mampukah pasangan Melur dan Firdaus ini mengekalkan hubungan cinta mereka walau diuji dengan pelbagai rintangan?

Melur Untuk Firdaus 2