Drama Bukan Lelaki Terhebat (TV3)

Bukan Lelaki Terhebat

Nantikan drama adaptasi novel Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama bersiri 15 episod terbitan Orangetree Production diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Drama Bukan Lelaki Terhebat akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 26 Januari 2023, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam dan boleh tonton di iQIYI satu jam selepas siaran tv untuk VIP dan percuma 48 jam kemudian.

Bukan Lelaki Terhebat

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI / tonton
Penulis Skrip: Zarihah Hassan
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd
Lagu OST: Lafaz - Syafeek Ikhwan 

Watak Pelakon
Adam Lee sebagai Jaden Haqeef
Sweet Qismina sebagai Sri Dhia
Halim Radzi sebagai Doktor Iqram
Anies Hann sebagai Ariana
Ameerul Asyraf sebagai Andi
Omar Abdullah sebagai Pak Samad 
Zarina Zainuddin sebagai Puan Zalina
Mohd Nor Bond sebagai Encik Malik
Sham Visa sebagai Dato Shamsul Azri
Arash Mohd sebagai Tuan Amirul
Hasnul Rahmat sebagai Haris
Harissa Adlynn sebagai Jannah
Kuna sebagai Mak Nab
Adam John sebagai Bob
Malieq Abdullah sebagai Adnan
Saiful Wazien sebagai Zafri
Nizam Kama sebagai Salleh
Rashidah Jaafar sebagai Mak Bedah
Zalfa Zin sebagai Sabrina
Puteri Balqis sebagai Zalikha
Kak Girl sebagai Kak Lina
Neera Azizi sebagai Ratna
Rosli Rahman Adam sebagai Abang Jep
Erryn Abdullah sebagai Mariana
Tengku Nurul Fatihah sebagai Nora
Chaoi Izghan sebagai Khalid

Sinopsis Bukan Lelaki Terhebat

Jaden (Adam Lee) merupakan seorang anak yatim piatu dan bekerja sebagai pengawal peribadi Datuk Samsul Azri. Suatu hari, Jaden telah diserbu oleh Datuk Samsul Azri kerana Jaden didakwa menjalin hubungan dengan perempuan simpanan beliau iaitu Ariana (Anies Hann). Jaden dibelasah teruk sehingga cedera parah lalu dicampak ke kebun getah milik Pak Samad (Omar Abdullah).

Sejak kejadian itu, kehidupan Jaden di kampung telah ditampung oleh Pak Samad dan Seri Dhia (Sweet Qismina) termasuk makan minumnya. Jaden akhirnya jatuh cinta dengan Seri Dhia. Pertunangan Seri Dhia dan Dr. Iqram terbatal apabila Puan Zalina, ibu kepada Dr. Iqram telah menuduh Seri Dhia ada hubungan cinta dengan Jaden. Seri Dhia kesal dengan perbuatan Dr. Iqram yang menelan pertuduhan itu bulat-bulat.

Setelah empat bulan Jaden dan Seri Dhia berkenalan, mereka meluahkan perasaan cinta mereka terhadap satu sama lain dengan hati yang terbuka. Dalam kemanisan pasti ada terselit kepahitan, keadaan menjadi semakin rumit apabila fitnah antara Seri Dhia dan Jaden tersebar seluruh kampung walaupun Jaden telah berpindah di Homestay Pak Samad. Dapatkah Jaden dan Seri Dhia pertahankan cinta mereka saat diuji? Berjayakan Jaden menjadi lelaki terhebat buat Seri Dhia?

Sinopsis Novel Bukan Lelaki Terhebat

Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia.

“Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ Seri Dhia

“Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ Jaden

Sukar untuk Jaden menjadi lelaki yang hebat di mata Seri Dhia, kalau Iqram saja yang menjadi perhatian gadis itu. Apatah lagi dengan kekurangannya dalam memahami ilmu agama. Tapi demi memiliki Seri, juga kerana janji kepada Tok Ayah untuk menikahi gadis itu, Jaden sanggup mencalar kepercayaan dan maruah Seri.

“Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni, Jaden?” ~ Seri Dhia

“Kau buat aku merasa sesuatu. Sesuatu yang bagi aku, kalau aku lepaskan... aku tidak akan merasainya lagi. Aku cintakan kau, Dhia.” ~ Jaden

Cinta mereka diuji saat kisah silam Jaden terbongkar. Masihkah ada cinta buat Jaden di hati Seri saat dia mengetahui sisi gelap seorang Jaden Haqeef? Bagaimana pula dengan Ariana dan Iqram, dua orang yang terus menagih cinta Jaden dan Seri?

Bukan Lelaki Terhebat