Drama Scammer 2

Scammer 2

Saksikan drama siri terbaru Scammer 2 bermula 18 April ini setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di Astro Ria saluran 104. 

Scammer 2

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 18 April 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go
Karya Asal: Sham Hashim
Skrip: Sham Hashim, Amin Shakib, Shida Zali, Che Li, Maizura Ederis, Thaaqhib
Pengarah: Norhanisham "Labu" Muhamad
Produksi: Radius One Sdn Bhd

Watak Pelakon
Beto Kusyairy sebagai Taqriz
Zahiril Adzim sebagai Rudi
Farah Nabilah sebagai Liya
Azwan Ali sebagai Hanif
Enny Ridwan sebagai Hajar
Iman Corinne Adrienne sebagai Muna
Razzuan Rosli sebagai Paup
Sharifah Sofia sebagai Sofia
Shatirah Amanda sebagai Yanti
Sadiq M. Jamil sebagai Lobak
Gobbinath Batumalai sebagai Praba / Prabu
Ainina Ahmad sebagai Imah
Norlia Ghani sebagai Nenek
Adam Darwisyh sebagai Adam
Auni Zahra sebagai Mila
Rosli Rahman sebagai Wak
Rafe Sumantri sebagai Hajah Dollah
Din Tamam sebagai Kadir
Bihzlu sebagai PA Muna
Razali Ghani sebagai Haji Burhan
Mathni Razak sebagai Inspektor Farid
Juwita Rosli sebagai Asst. Insp. Farid
Aghonderan Sahadevan sebagai Brian
Edaman Othman sebagai Pusher Kokain
Yusri Saleh sebagai Zaidi
Anuar Rahman sebagai Azlan 
Emma Tosh sebagai PA Yanti 
Danial sebagai Ali
Shahruddin Thamby sebagai Cikgu Shah
Manan Holiau sebagai Haji Rejab

Lagu Tema
Topeng - Caprice feat Sherry Ibrahim
Rekayasa - Nuha Ibrahim

Sinopsis Scammer 2

Kisah tentang penipuan hartanah dan penunggang agama.

Taqriz (Beto Kusyairy) mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka. 

Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz tidak percayakan sesiapa. 

Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz sebagai kambing hitam. 

Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya (Farah Nabila), seorang bekas ‘scammer’ yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baru syarikat Muna untuk mengumpul bukti kes penipuan tanah itu. 

Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu peguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif dalam kes yang menyebabkan kematian ayahnya. 

Satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, termasuklah orang yang dekat dengan dirinya.

Siapakah yang bakal menjadi mangsa scammer kali ini? Siapa pula yang menunggang agama?

Scammer 2