4 Abdul 1 Mohd

4 Abdul 1 Mohd

Nantikan drama '4 Abdul 1 Mohd' arahan Sabri Yunus disiarkan bermula 24 Januari 2022, setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di Astro Ria.Nantikan drama '4 Abdul 1 Mohd' arahan Sabri Yunus disiarkan bermula 24 Januari 2022, setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di Astro Ria. 

4 Abdul 1 Mohd

Episod: 12
Tarikh Tayangan: 24 Januari 2021
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam
Rangkaian: Astro Ria
Penulis Skrip: Sabri Yunus
Pengarah: Sabri Yunus
Produksi: Porcupine Production, Heritage Movies

Watak Pelakon
Sabri Yunus sebagai Abdul Jabar, Abdul Wasit, Abdul Somad, Abdul Hakim
Angeline Tan sebagai Yyuen
Asrul Faizal sebagai Kasim
Cik Man (PU Azman) sebagai Salam
Brian Chan sebagai Robin
Saidi Sabri sebagai Jabar Muda
Issey Fazlisham sebagai Musa
Azizul Ammar sebagai Hamidon
Norra Nor sebagai Nora 
Unku Hanafi Harun sebagai Pak Nik

Sinopsis 4 Abdul 1 Mohd

Mengisahkan Jabar yang sewaktu mudanya telah berkahwin dengan tiga orang wanita dan menceraikan semua isteri-isterinya dimana dalam masa yang sama mereka sedang mengandung. 50 tahun kemudian, dia mula mencari anak-anaknya untuk membetulkan kesilapannya dahulu. Jabar yang semakin sakit dan uzur berhajat untuk membahagikan hartanya. Namun begitu, Jabar terkejut apabila mendapati anak-anaknya mempunyai mirip muka yang sama! Akan tetapi, pertemuan Jabar dan anak-anaknya membawa bala dan kehancuran kepada keluarga mereka.

Mohd Kasim dibesarkan oleh ayahnya Abdul Jabar sebagai anak tunggal. Dia dikejutkan apabila ayahnya  memberitahu tentang rahsia yang disimpan selama 50 tahun lamanya. Abdul Jabar mempunyai anak dari tiga isteri yang terdahulu. Nama mereka bermula dengan Abdul sedang dia Mohd, tambah pula perangai setiap mereka tidak saperti yang Mohd Kasim harapkan. Disebabkan Jabar tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk hidup, Abdul Jabar mula berfikir untuk membahagikan harta pusaka miliknya. Robin dan Hamidon telah diarahkan untuk mencari Somad, Hakim dan Wasit.