Drama Tikam

Tikam

Saksikan drama rantaian bergenre jenayah berjudul 'Tikam' akan bersiaran setiap Rabu, jam 9.30 malam mulai 3 November ini di saluran Astro Ria (104).

JUDUL : TIKAM
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : 3 November 2021
WAKTU SIARAN : Rabu, 9.30 malam
IDEA ASAL : Sham Hashim, Akmal Nahar dan Lemuel Ong
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
RANGKAIAN : Astro Ria - Gempak Original Series
PENGARAH : Michael Ang & Hadith Omar
PELAKON : Fahrin Ahmad, Ben Amir, Michael Ang, Intan Najuwa, Jasmin Hamid, Yuna Rahim,  Ellyas Abdullah, Josiah Lim

WATAK PELAKON
Fahrin Ahmad sebagai Shahrol
Ben Amir sebagai Nik Johan (NJ)
Intan Najuwa sebagai Akma
Michael Ang sebagai Mike
Jasmin Hamid sebagai Madam Joan
Yuna Rahim sebagai Ika
Ellyas Abdullah sebagai Sap
Josiah Lim sebagai Ed

SINOPSIS TIKAM
Mengisahkan tentang satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat. Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut.
. . .
Kegiatan songlap sekumpulan pekerja membuahkan hasil yang lumayan tapi siapa sangka ada pembelot dalam kumpulan, adakah nyawa melayang kerana kecewa atau ada yang main tikam belakang?

Episod 1 - Pagi Penuh Tragedi
Shahrol ditemui mati ditikam di pejabat. Satu nota bunuh diri ditinggalkan bahawa antara mereka terdapat pengkhianat. NJ kunci pejabat untuk cari siapa pembelot di antara Ika, Mike, Akma, Sap dan Ed.

Episod 2
NJ mula siasat seorang demi seorang. Rupanya setiap daripada mereka ada masalah dengan Shahrol. Mereka mula saling tuduh-menuduh. Tiba-tiba Mike tersedar ada sesuatu tak kena pada mayat Shahrol!


Tikam