Budak Tebing 2

Budak Tebing 2

Nantikan drama Budak Tebing Musim 2 mengisi slot Lestary TV3. Dibintangi Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. Budak Tebing 2 akan bermula pada 18 Jun, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9:00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 

JUDUL : BUDAK TEBING 2
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 18 Jun 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Janjira, PGR’s team, Sofia Aliza
PENGARAH : Feroz Kader
PRODUKSI : Country Universal Sdn Bhd
PELAKON : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Imran Aqil, Zarina Zainuddin, Nellisa Nizam

WATAK PELAKON
Aedy Ashraf sebagai Tongki
Adam Lee sebagai Arif
Bella Dowanna sebagai Laura
Eyka Farhana sebagai Ira
Fariz Isqandar sebagai Yoyol
Firdaus Ghufran sebagai Talam
Fauzi Nawawi sebagai Afendi
Pablo Amirul sebagai Pablo
Syafie Naswip sebagai Paan
Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
Nellisa Nizam sebagai Maria
Imran Aqil @ Ijeebster sebagai Pijoy

SINOPSIS BUDAK TEBING 2
Kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. 

Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Budak Tebing 2
Budak Tebing 2BudakTebing 2budak tebing 2021Pelakon Budak Tebing 2