Drama Shah Alam 40000 (TV3)

Shah Alam 40000

Nantikan drama 'Shah Alam 40k' di slot Akasia TV3. Menampilkan lakonan Rita Rudaini, Umie Aida dan Anna Jobling. Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd, diarahkan oleh Isma Yusoof. Drama Shah Alam 40000 telah ditayangkan secara eksklusif di platform iQiyi dan akan disiarkan di TV3 bermula 3 Ogos 2021, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam

JUDUL : SHAH ALAM 40000
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 3 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Akasia TV3
IDEA ASAL : Adzim Shahabudin
PENULIS SKRIP : MF Kencana, The Playwrights, Eanaz Mokhtar, Farah Bani
PENGARAH : Isma Yusoof
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Umie Aida, Rita Rudaini, Anna Jobling, Arash Mohd, Aedy Ashraf, Fadlan Hazim, Aleza Shadan, Awie Dean, Malek Mccrone, Syeera Aziz, Jabir Meftah, Zailin Aqeesha, Danish Iskandar, Afifah Nasir, Farah Nadiah, Adeed Abdullah, Syahir Shafein

WATAK PELAKON 
Umie Aida sebagai Datin Azalina
Rita Rudaini sebagai Datin Rose
Anna Jobling sebagai Shafinaz
Arash Mohd sebagai Datuk Anuar
Shah Rezza sebagai Datuk Sri Yahya
Aedy Ashraf sebagai Daniel
Jabir Meftah sebagai Akiff
Danish Iskandar sebagai Fatah
Zailin Aqeesha sebagai Arisa
Fadlan Hazim sebagai Chef Kush
Syeera Aziz sebagai Puteri
Farah Nadiah sebagai Florence Juni Anuar
Malek Mccrone sebagai Han
Aleza Shadan sebagai Jue 

LAGU TEMA (OST) / LAGU SISIPAN
Siapa Tak Mahu - Dato Sri Siti Nurhaliza 
Caramu - FML feat Shahida Supian 
300 Saat - Bunga & Amzar
Terlalu Mudah - Hannah Delisha 
Menanti - Adam Izzy feat Mimifly

SINOPSIS SHAH ALAM 40K
Menceritakan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie. Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri sehinggalah ia terbongkar dan menyebabkan berlakunya insiden yang tidak diingini. Adakah persahabatan mereka semakin akrab atau sebaliknya.

Puan Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz adalah tiga wanita yang kaya and terkemuka. Mereka tinggal di sebuah kawan perumahan yang sama di Shah Alam dan masing-masing mempunyai rahsia tersendiri. Untuk melindungi rahsia mereka, mereka sentiasa berkumpul bersama dan merancang macam mana nak selamat dari rahsia tersebut dibongkarkan. Persahabatan mereka diancam apabila mereka ingin memulakan perniagaan bersama.

Episod 1
Majlis pembukaan kafe Datin Sri Azalina berjalan dengan meriah dengan kehadiran pelanggan dan kawan baiknya. Datin Sri Azalina berterus terang memberitahu kawannya, resipi kafenya datang dari Datin Rose. Turut hadir ke majlis ialah Shafinaz, Datuk Sri Yahya, Dato Anuar, Fattah, Akiff dan Arisa. Shafinaz tidak senang menerima panggilan daripada Chef Kush dan mahu bangkit dari kegagalan hubungan yang lepas. Datin Sri Azalina bertemu dengan pengarah Azim yang cuba mengorek rahsia tentang status Shafinaz dan mengakui kemajuan kafenya hasil daripada Shafinaz yang banyak membantu mempromosi.

Episod 2
Datin Rose menggunakan kereta buruk untuk mengelak dikesan oleh ah long dan dia berjaya memperdayakan ah long. Datin Rose meluahkan kebimbangan kepada kawan baiknya tentang Dato Anuar yang disangka gay. Datin Sri Azalina dan Shafinaz terkejut melihat Datin Rose memandu kereta buruk lalu membantu menolak kereta Datin Rose yang rosak di tepi jalan. Shafinaz berjumpa dengan Azim dan Puteri senyap-senyap mengambil gambar mereka dengan tujuan untuk menviralkan. Datin Rose yang mengekori Dato Anuar terkejut melihat suaminya memeluk lelaki lain lalu menyerang tetapi rupanya dia salah sangka kerana Dato Anuar menyertai qiamullail di masjid. Tiga sekawan bersetuju untuk berkongsi rahsia  dengan syarat mereka perlu berkongsi rahsia masing-masing dan perlu saling merahsiakan.

Episod 3
Datin Sri Azalina menyerang suaminya yang difikir curang kemudian dia tersilap apabila “ayang” yang dipanggil suaminya merupakan seorang lelaki. Shafinaz jujur dia keluar dengan suami orang kerana mahu tutup mulut Chef Kush tentang hubungan mereka. Datin Rose kantoi apabila ada meminjam dengan datin lain yang terdesak menuntut hutang lalu menjual jam Dato Anuar tetapi gagal apabila dia tiada sijil ketulenan jam.

Episod 4
Datin Rose menyerahkan jam original kepada kawannya sebagai bayaran hutangnya. Dato Anuar yang mahu melaporkan polis atas kehilangan jam telah dihalang oleh Datin Rose dengan alasan itu kifarah Dato Anuar yang lepas. Shafinaz yang stress kerana gosip telah ke gym Datin Sri Azalina. Shafinaz mula perasan kafe Datin Sri Azalina kurang pelanggan lalu mula merekod IG story untuk mempromosi kafe kawannya. Dato Anuar masih tertanya-tanya bagaimana jamnya boleh hilang dan Datin Rose menganggap rumahnya ada toyol. Puteri terpaksa memujuk Shafinaz untuk kembali shoot dengan Chef Kush bagi menutup gosip Shafinaz selain mengelak penaja menarik balik tajaan. Shafinaz terpaksa akur walaupun dia tidak senang dengan Chef Kush yang suka bermesra dengannya sewaktu di hadapan kamera.

Episod 5
Datin Rose yang makan hati terus pergi dengan alasan dia sibuk lalu menghubungi Shafinaz meluahkan ketidak puasan hatinya.Shafinaz mengamuk apabila Chef Kush melamarkan dia di tempat shooting lalu marah sesiapa yang cuba merakam. Arisa menangkap Akiff yang stalk gambar Shafinaz dan mengingatkan Shafinaz kawan ibu mereka lalu memberitahu pada papanya. Datin Rose yang kecewa bertambah kecewa apabila Dato Anuar tidak menyokongnya apabila dia bercerita tentang Datin Sri Azalina malah memberitahu itulah kehidupan dalam dunia perniagaan.

Episod 6
Datin Rose mula mendapat amaran untuk membayar hutang dari Datin Zee dan dua orang lelaki yang mengekorinya di tempat  letak kereta. Datin Rose mula risau. Semasa di café, Datin Rose kelihatan sedih. Shafinaz dan Datin Seri Azalina bertanya dan Datin Rose berterus terang tentang keresahan dengan hutang yang belum dibayar. Datin Seri Azalina dan Shafinaz berniat untuk membantu Datin Rose sebanyak yang mungkin.

Episod 7
Datin Rose berjumpa dengan Datin Zee untuk membayar hutang dan meminta balik jam. Tetapi Datin Zee memberitahu bahawa jam itu menjadi haknya. Selepas Datin Zee beredar, dua orang lelaki menegur Datin Rose untuk meminta hutang balik. Pulang ke rumah, Dato Anuar bertanya dengan Datin Rose tentang dua lelaki tersebut dan mengungkit tentang jamnya. Datin Rose berterus terang tentang jam Dato’. Dato Anuar kecewa dengan Datin Rose.

Episod 8
Hari pertama pembukaan café Kush, dia mengajak DS  Azalina datang untuk membalas dendam. Kush masuk live untuk memperkenalkan menu café dan mengajak followers untuk datang memeriahkan café. Datin Seri Azalina berasa bersalah dengan Shafinaz selepas menonton video Diva AA sebagai host. Datin Seri Azalina terkejut apabila dapat tahu Kush membuka café di sebelah cafenya. Kush perasan kehadiran Datin Seri Azalina dan menunjukkan menu untuk menyakitkan hati Datin Seri Azalina. Apabila Shafinaz mendapat tahu dia mula bengang dengan Kush. 

Episod 9
Shafinaz bangun dari pengsan dan diberitahu bahawa dia diganti oleh Diva AA. Putri memberitahu berita gembira tentang rating yang naik mendadak. Datin Rose diberi duit untuk melangsaikan hutang daripada Dato Anuar. Dato Anuar menasihati Datin Rose dan dia berterima kasih.

Episod 10
Dato Sri Yahya terjumpa dengan pekerja gym Datin Seri Azalina, Fiq di café dan dapat tahu bahawa Datin Seri Azalina mempunyai bisnes gym sendiri. Dato Sri Yahya mula bertengkar dengan Datin Seri Azalina tentang bisnes gym yang dia sorok selama ini. Dato Sri Yahya berpandangan seperti Datin Seri Azalina cuba berlaku curang ke atasnya.  Datin Seri Azalina dihalau tidur luar bilik.

Episod 11
Kush tertanya kenapa Shafinaz semakin baik dengannya. Shafinaz mula meminta maaf dan mengaku bahawa dia betul tentang Danial. Kush berhasrat untuk menjadi boyfriend Shafinaz tetapi Shafinaz tolak lamaran. Fattah mempersoalkan Datin Rose tentang kenapa melarang dia untuk berniaga kosmetik. Datin Rose berterus terang dia malu jika orang sekelilingnya tahu tentang bisnes Fattah. Datin Rose mengarah Fattah untuk tidak sambung bisnes tu lagi.

Episod 12
Kush memaksa Shafinaz untuk mempromosikan cafenya. Shafinaz meminta harga yang tinggi jika mahu dipromot. Kush geram dan bertindak untuk mengorat Putri supaya dia repost menggunakan akaun Shafinaz. Dalam senyap, Putri post dan promote cafe Kush. Shafinaz dapat tahu tentang post tersebut dan mula menyerang Putri dan menghinanya depan krew produksi.

Episod 13
Dato Anuar berjumpa dengan Dato Sri Yahya di pejabat selepas dipanggil semalam. Dato Sri Yahya menunjukkan gambar Dato Anuar dengan Florence dan meminta Dato Anuar untuk berterus terang dengannya. Dato Anuar berterus terang dan memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dengan seorang Indonesia dan Florence ialah anaknya. Dato Sri Yahya memberitahu Dato Anuar masalah yang dihadapinya, Hendon ‘blackmail’ dia. Hendon menelefon Dato Sri Yahya dan memberitahu bahawa  dia di rumah Datin Rose. Dato’ Anuar dan Dato Sri Yahya bergegas ke sana dan ternampak kereta Hendon.

Episod 14
Datin Rose dan Datin Seri Azalina terasa ada benda yang tak kena apabila mereka mendapat tahu aktiviti suami mereka tak sama dengan yang diceritakan. Datin Rose dan Datin Seri Azalina mula mengupah seorang PI untuk mendapatkan maklumat suami mereka berdua. Dato Sri Yahya dan Dato Anuar berasa gelisah apabila mendapat tahu cerita yang diceritakan kepada isteri mereka tidak sama. Dato Sri Yahya mula menaikkan topik tentang hubungan Florence dan Akiff.

Episod 15
Kush datang ke rumah Shafinaz untuk makan malam bersama. Kush mula menasihati Shafinaz supaya tak merisaukan apa yang difikirkan oleh orang lain. Shafinaz mula rasakan Kush seorang kawan yang baik. 

Episod 16
Identiti Florence hampir terbongkar apabila memberitahu tentang pintu rumah Datin Rose yang rosak tetapi memberi alasan dia sering berada di kawasan itu. Dato Anuar tidak menyenangi isterinya yang mahu bermesra dengan Florence sehingga mahu menjemput gadis itu ke rumah dan berkenalan dengan keluarga Florence.

Episod 17
Shafinas tidak setuju keluarkan produk walaupun Putri memberitahu kelebihan jika mereka membuka pesanan awal. Shafinas tegaskan dia tetap dengan keputusan dan mengetahui Putri telah termakan dengan pujian Chef Kush. Dato Anuar masih risau masalahnya akan terbongkar dan sentiasa hubungi Datuk Sri Yahya untuk bertanya tentang Akiff. Dalam masa yang sama Dato Anuar risau kerana Florence langsung tidak menjawab panggilannya. Datuk Sri Yahya rimas apabila Dato Anuar mendesak suruh bertanyakan kepada Akiff kerana Akiff anaknya.

Episod 18
Akiff menghalang Alisa yang ingin menyerang Shafinaz kerana Shafinaz kawan ibu mereka. Florence keluar dari rumah Sofi setelah menyedari ibu Sofea tidak suka mereka berkawan dan ke rumah Fattah. Florence berlakon berlatih beritahu siapa dirinya pada Datin Rose tetapi dia gagal. Identiti Florence terbongkar. Tetapi awalnya Datin Rose menganggap suaminya ada skandal tetapi Dato Anuar beritahu Florence anaknya. Datin Rose kecewa Dato Anuar berkahwin lain setelah enam bulan berkahwin dengannya dan merasa tertipu.

Shah Alam 40k
Shah Alam 40k tv3
Pelakon Shah Alam 40k