Drama Rahimah Tanpa Rahim (TV3)

Rahimah Tanpa Rahim


Nantikan drama bersiri 'Rahimah Tanpa Rahim' bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Menampilkan lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Drama arahan Eoon Shuhaini, terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Akan bersiaran mulai 22 Januari 2021, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : RAHIMAH TANPA RAHIM
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 22 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jummat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem, Kween Keela, Lana Nodin, Zalfa Zin 

WATAK PELAKON
Azlee Khairi sebagai Jauhar
Puteri Aishah sebagai Rahimah
Hafidz Roshdi sebagai Adli
Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
Liza Abdullah sebagai Mak Aini
Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
Diana Dee sebagai Shida
Amelina sebagai Puan Sakinah
Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
Sera Melissa sebagai Rozana
Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
Diana Dee sebagai Shidah
Farhan Asri sebagai Idin
Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
Che Kem sebagai Tuan Firdaus

LAGU TEMA / OST 
Lara - Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

SINOPSIS RAHIMAH TANPA RAHIM
Mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya. Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya, Mak Aini (Lizza Abdullah), namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya.

Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL). Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah. Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar (Azlee Khairi), pengasas NGO remaja bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenaifan Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya. Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarga tergadai dan semakin cuba untuk menjarakkan diri daripada Jauhar.

Mengeruhkan lagi keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung. Sebagai seorang yang amat tegas menjaga nama baik dan maruah keluarganya, Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung berbicara buruk tentang keluarganya. Namun, keberangan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dan bermula daripada peristiwa itu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya.

Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?

Episod 1
Di kampung, Rahimah berdepan dengan pembuli adiknya, Adli untuk mengetahui keadaan sebenar. Ketika sampai di situ, Rahimah nampak Adli baru dipukul oleh ayah tirinya lalu terus melarikan diri dari rumah. Rahimah mengekori Adli sehingga sampai di kawasan terpencil di kampung. Adli menangis semahu-mahunya di situ. Sehinggalah dia perasan akan kehadiran Rahimah. Rahimah bersimpati dan risaukan keadaan Adli yang agak senasib dengannya. 

Ketika dalam perjalanan pulang, Rahimah terkejut selepas melihat ayahnya, Pak Kob sedang cuba bermanja dan ‘mengusik’ Shida (adik Adli, masih bawah umur) sambil menunjukkan telefon bimbit baru. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan mereka tetapi cepat-cepat menepis prasangka itu.prasangka itu.

Episod 2
Di kampung, Rahimah berdepan dengan pembuli adiknya, Adli untuk mengetahui keadaan sebenar. Ketika sampai di situ, Rahimah nampak Adli baru dipukul oleh ayah tirinya lalu terus melarikan diri dari rumah. Rahimah mengekori Adli sehingga sampai di kawasan terpencil di kampung. Adli menangis semahu-mahunya di situ. Sehinggalah dia perasan akan kehadiran Rahimah. Rahimah bersimpati dan risaukan keadaan Adli yang agak senasib dengannya. 

Ketika dalam perjalanan pulang, Rahimah terkejut selepas melihat ayahnya, Pak Kob sedang cuba bermanja dan ‘mengusik’ Shida (adik Adli, masih bawah umur) sambil menunjukkan telefon bimbit baru. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan mereka tetapi cepat-cepat menepis prasangka itu.

Episod 3
Di kampung, Rahimah berdepan dengan pembuli adiknya, Adli untuk mengetahui keadaan sebenar. Ketika sampai di situ, Rahimah nampak Adli baru dipukul oleh ayah tirinya lalu terus melarikan diri dari rumah. Rahimah mengekori Adli sehingga sampai di kawasan terpencil di kampung. Adli menangis semahu-mahunya di situ. Sehinggalah dia perasan akan kehadiran Rahimah. Rahimah bersimpati dan risaukan keadaan Adli yang agak senasib dengannya. 

Ketika dalam perjalanan pulang, Rahimah terkejut selepas melihat ayahnya, Pak Kob sedang cuba bermanja dan ‘mengusik’ Shida (adik Adli, masih bawah umur) sambil menunjukkan telefon bimbit baru. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan mereka tetapi cepat-cepat menepis prasangka itu.

Episod 4
Pak Kob cuba menutup kesalahan dan sengaja meniup gosip tentang niat jahat Jauhar terhadap remaja di kampung. Adli yang semakin mencemburui hubungan baik Jauhar dan Rahimah juga bertindak menokok tambah keadaan itu. Pada ketika itu, Jauhar yang mempunyai sebuah pejabat kecil di situ sedang merangka aktiviti lanjutan seperti membuat kraf, sukan dan motivasi yang membabitkan remaja dan remaja bermasalah. Namun, Jauhar menghadapi tekanan atas tuduhan itu.  Selepas mendapat nasihat daripada Tuk Ketua, dia terpaksa menangguhkan seketika kerja-kerja amalnya yang berpusat di kampung itu lalu kembali ke Kuala Lumpur  untuk menyelesaikan masalah bisnes di cafenya.

Episod 5
Di kampung, Rahimah berdepan dengan pembuli adiknya, Adli untuk mengetahui keadaan sebenar. Ketika sampai di situ, Rahimah nampak Adli baru dipukul oleh ayah tirinya lalu terus melarikan diri dari rumah. Rahimah mengekori Adli sehingga sampai di kawasan terpencil di kampung. Adli menangis semahu-mahunya di situ. Sehinggalah dia perasan akan kehadiran Rahimah. Rahimah bersimpati dan risaukan keadaan Adli yang agak senasib dengannya.

Episod 6
Pak Kob masih tidak sedarkan diri. Terus dirundung rasa bersalah, Rahimah sampai di kemuncak penderitaan dan seksaan Mak Aini. Ditambah dengan sokongan dan bantuan Jauhar, Rahimah akhirnya memberitahu polis apa sebenar yang diketahuinya tentang hubungan ayahnya dan Shida dahulu. Pengakuan Rahimah tentang ayahnya sebagai pedofile menyebabkan lebih banyak gosip timbul di kampung. Malah, ada yang menuduh anak kesayangan Mak Aini, iaitu Rozana pernah menjadi mangsa Pak Kob sendiri. Mak Aini terus hilang pertimbangan dan cuba melepaskan kemarahannya pada Rahimah lagi. Namun, Jauhar kekal berada di kampung itu untuk melindungi Rahimah.

Episod 7
Nurul cuba berlagak baik di depan Jauhar lalu bersetuju untuk menjaga Rahimah. Namun di belakang Jauhar, Nurul terus memarahi Rahimah. Kes Rahimah mula mendapat perhatian di media sosial. Nama Jauhar semakin popular sebagai aktivitis yang banyak berjasa. Nurul juga mendapat tempias menyebabkan dia juga mahu terus ‘membantu’ dalam kes itu. Jauhar suka dengan perubahan sikap Nurul itu tanpa mengetahui bahawa Nurul hanya mahu mengejar populariti. 

Rahimah meneruskan kehidupannya di Kuala Lumpur dan bekerja di NGO Jauhar sebagai kerani admin sesuai dengan kelulusan STPMnya. Pada suatu hari, Rahimah diganggu sakit perut yang berlarutan sehingga akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Episod 8
Nurul nampak banyak posting  Jauhar di page NGOnya di media sosial yang mendapat perhatian dan like dari netizen. Dengan harapan untuk menjadi popular seperti Jauhar, Nurul merancang untuk post masalah Rahimah itu di media sosial tetapi sempat dihalang oleh Jauhar. Jauhar marah selepas mengetahui Nurul cuba menggunakan kerja-kerja amalnya untuk meraih populariti murahan. Nurul menafikannya dan berjanji akan menjaga maruah Rahimah dan merahsiakan keadaan sebenar. Nurul turut menggunakan Puan Sakinah untuk memujuk Jauhar untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.

Episod 9
Selepas pertemuan Tuan Firdaus dengan Rahimah yang lalu, orang tua itu terus berhubungan dengan Rahimah atas dasar rasa terhutang budi dan senang dengan sikap baik hati Rahimah. Dalam diam, dia juga semakin nampak minat Jauhar terhadap gadis itu dan rasa suka kalau boleh bermenantukan Rahimah. Jadi, apabila Rahim memberitahu niat untuk memperisterikan Rahimah, Tuan Firdaus menjadi orang pertama yang menyokong rancangan itu. Malah, dia juga membuat semua perancangan lanjut, termasuklah mendapat persetujuan daripada Mak Aini untuk meneruskan rancangan perkahwinan Jauhar dan Rahimah. Menyedari sikap Mak Aini yang plastik sejak pertemuan lalu, Tuan Firdaus juga sudah menduga yang Mak Aini akan meminta sejumlah wang besar untuk ‘menyerahkan’ Rahimah kepada keluarganya. Tuan Firdaus bersetuju sahaja dengan kehendak orang tua itu. Cuma pada peringkat awalnya, Rahimah tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana  tidak mahu memecahbelahkan perkahwinan Jauhar. Dia mengalami kejutan besar selepas mengetahui bahawa Jauhar sebenarnya sudahpun bercerai dengan Nurul.

Episod 10
Rahimah rasa sedih selepas dihina ibu Jauhar. Dia bertemu dengan Mak Aini dan meminta ibunya untuk membatalkan rancangan perkahwinan itu. Kerana cemburu, Rozana juga bersetuju dan meminta ibunya menghalang perkahwinan itu. Namun, Mak Aini enggan berbuat demikian kerana akan menerima sebahagian wang lagi yang dijanjikan ayah Jauhar. 

Jauhar berdepan dengan Rahimah dan mula menjelaskan isi hatinya. Jauhar mengaku sudah sekian lama jatuh hati pada Rahimah tetapi memendamkan perasaan atas dasar profesionalisme, perbezaan umur dan juga kehadiran Nurul. Namun, dia tidak mampu berbuat begitu lagi apabila melihat Adli cuba mendekati Rahimah kerana dia tahu Adli adalah BFF Rahimah. Dia rasa cemburu dan tergugat. Dia juga risaukan Rahimah dan mahu terus melindunginya. Rahimah menjadikan penyakitnya sebagai alasan untuk tidak menerima Jauhar. Dia tidak mampu memberikan zuriat kepada Jauhar, tetapi Jauhar boleh menerima semua itu dengan hati terbuka.

Episod 11
Rahimah menetap bersama keluarga Jauhar selepas perkahwinannya. Puan Sakinah sengaja memalukan Rahimah dengan selalu mengungkitkan tentang masalah kesuburan yang dihadapinya. Jauhar akhirnya membuat keputusan untuk berpindah dan menetap secara berasingan. Di kediaman barunya, Jauhar selalu meninggalkan nota-nota surprised di sekitar rumah untuk mengambil hati Rahimah. Perbuatan itu membantu merapatkan hubungan mereka sehinggalah Puan Sakinah bertindak selalu datang melawat mereka.

Episod 12
Jauhar terpaksa ke outstation bagi menguruskan NGOnya dan meminta Rahimah membantunya menguruskan kafe mereka. Di kafe itu, Rahimah harus berdepan dengan Nurul yang juga menjadi sebahagian daripada pemilik rangkaian kafe itu. 

Nurul bertemu dengan Rahimah dengan alasan ingin berdamai. Nurul membuat cerita bahawa Jauhar tertekan (akibat masalah seksual Rahimah) dan menceritakan semua masalah mereka itu kepada Ramzi. Rahimah rasa malu dan sedih sehingga timbul sedikit salah faham di antara dirinya dan Jauhar.

Episod 13
Selepas mengetahui Rahimah masih belum bersedia untuk ke US dan bertemu doktor pakar, Jauhar cuba membantu Rahimah dengan memperkenalkan sebuah badan sokongan dan kebajikan MRKH lalu menyuruh Rahimah menyertainya. Rahimah yang masih dilanda pelbagai tekanan, terutamanya daripada mentua dan ibunya masih belum bersedia untuk berbuat begitu. Jauhar terus mendapatkan bantuan pengerusi badan kebajikan itu untuk berdepan dengan Rahimah. Rahimah rasa bersalah dan mula menyedari Jauhar berasa sukar dengan keadaan perkahwinan mereka. Jauhar terus cuba mencari jalan menggembirakan lagi Rahimah dan merapatkan lagi hubungan dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama.

Episod 14
Rahimah menghadapi banyak tekanan di dalam dan di luar rumah. Walaupun Puan Sakinah sudah berhenti menyeksakan hidupnya (buat sementara waktu), Rahimah rasa amat bersalah dengan kematian Tuan Firdaus. Di belakang Rahimah, Puan Sakinah juga terus ‘menyucuk’ Jauhar dan menyalahkan kecuaian Rahimah atas kematian suaminya. Sedikit sebanyak hubungan Jauhar dan Rahimah semakin bermasalah. 

Jauhar berkongsi masalahnya dengan Ramzi. Ramzi mencadangkan agar Jauhar boleh mendapat  anak angkat untuk mengatasi masalah di antara dirinya dan Rahimah. Malah, Ramzi memberitahunya bahawa ada seorang perempuan di kampung yang mahu menyerahkan anaknya berusia 1 tahun untuk dipelihara akibat masalah kemiskinan yang melanda.

Episod 15
Hidup Rahimah mula ceria dengan kehadiran baby comel yang bernama Yusof itu. Segala masalah dan dugaan terus diketepikan. Hubungannya dengan Jauhar juga bertambah baik. Masalah bermula apabila Mak Aini tidak setuju dengan keputusan Rahimah itu. Dia berulangkali menggesa Rahimah memulangkan semula baby itu kerana tidak tahu asal-usul bayi itu. Semua ini dilakukan Mak Aini atas rancangan Puan Sakinah dan Nurul. 

Hubungan Jauhar dan Nurul juga bertambah baik.  Atas urusan kerja, mereka seringkali keluar bersama. Dengan menggunakan kelembutannya, dan juga kelemahan Jauhar, Nurul cuba menggoda Jauhar ke pangkuannya semula, dengan membawa Jauhar kembali ke tempat-tempat yang selalu dilewati mereka ketika mereka bergelar suami isteri dahulu.

Episod 16
Kerana kesibukan Rahimah, Nurul mencuri peluang untuk terus mendekati Jauhar.  Atas dasar persahabatan, Jauhar dan Nurul mula berbincang tentang masalah yang dihadapinya. Daripada perbincangan itu, Nurul berjaya mengesan kelemahan baru Jauhar. Walaupun Jauhar gembira dengan kehadiran Yusof dalam hidup mereka, kehadiran bayi itu juga menyedarkan Jauhar bahawa jauh di sudut hatinya, dia semakin menyimpan impian untuk mempunyai zuriatnya sendiri. Dan dia berharap, satu hari nanti Rahimah akan menjalani pemindahan rahim untuk membolehkan impian itu tercapai. Bersertakan kelemahan itu, Nurul terus cuba menggoda Jauhar dengan harapan akan mengandungkan anaknya. Jauhar hampir termakan umpan, sehinggalah dia menyedari akan kesilapannya sekiranya keadaan berterusan.

Episod 17
Jauhar semakin cuba menjauhkan diri daripada Nurul kerana khuatir gadis yang tahu segala kelemahannya itu, akan berjaya menggodanya. Rahimah semakin nampak perubahan Jauhar walaupun suaminya mengaku tidak ada apa-apa masalah. 

Rahimah terlalu risaukan keadaan kesihatan Yusof sehingga mengetepikan segalanya, termasuk makan minum di rumah. Jauhar terasa dirinya diketepikan. Keadaan itu bertambah serius apabila ibu Jauhar sengaja menokok tambah dan cuba meracuni fikiran anaknya. Ibunya juga terus mendesak Jauhar agar mendapatkan zuriat sendiri  dengan alasan dia semakin risau akan latar belakang keluarga bayi itu.

Episod 18
Selepas baby Yusof sembuh, Rahimah menjaga Yusof dengan tekun dan teliti lagi.  Rahimah juga mengasihani Jauhar yang seolah terpinggir kerana Rahimah lebih mengutamakan Yusof daripada segala-galanya. Mak Aini juga menegur perbuatan Rahimah itu dan menyuruh Rahimah meninggalkan sahaja suaminya kalau terus begitu. Keadaan menjadi lebih serius apabila Jauhar bergaduh dengan Rahimah akibat salah faham yang (sengaja) dicetuskan oleh Puan Sakinah. Kerana terlalu asyik menjaga Yusof, baju-baju kerja Jauhar hampir semuanya tercemar dek lunturan warna. Baju Jauhar yang diseterika juga terbiar sehingga terbakar.

Episod 19
Rahimah terlalu rindukan Yusof dan merayu ibu kandung Yusof menyerahkan anak kandungnya semula. Namun, Mariam enggan berbuat demikian. Dia sebenarnya sudah merancang segala-galanya dengan Nurul sebelumnya. Rahimah terpaksa melepaskan Yusof dan selepas itu terlalu merindui sehingga menghadapi masalah kemurungan selepas memikirkan semula segala pengalaman indah bersama baby itu. Dia juga risaukan keadaan dan kesihatan Yusof tanpa dia di sisi.

Episod 20
Puan Faridah tidak hadir ke majlis perkahwinan itu tetapi  perkahwinan Nurul dan Jauhar tetap  diteruskan. Namun, berlaku kekecohan selepas itu apabila Puan Faridah berdepan dengan Jauhar dan menceritakan tentang hubungan terlarang ibu Jauhar dengan suaminya. Jauhar bagaikan tidak percaya akan hal itu kemudian dia teringat semua segala kekecohan yang berlaku sebelum kematian arwah ayahnya dahulu. Rahimah cuba menjadi orang tengah, tetapi dia turut dipersalahkan apabila mengaku sudah tahu tentang hal itu sebelumnya. Rahimah terus bersabar dan memendamkan perasaannya.

Episod 21
Secara rahsia, Nurul dan Puan Faridah memberikan wang kepada Mariam untuk menutup mulutnya daripada mendedahkan rancangan lama mereka. Selepas mendapat wang itu, wanita itu terus menghilangkan diri dan meminta Rahimah menjaga baby Yusof buat sementara waktu. 

Rahimah terus menjaga baby Yusof dengan baik. Baby Yusof juga amat rapat dan manja dengannya. Keadaan kesihatan Rahimah juga menjadi semakin pulih. Namun, Jauhar pula risau lalu mengingatkan Rahimah tentang Yusof yang akan pulang ke pangkuan ibu kandungnya semula selepas itu. Kata-kata Jauhar itu menyebabkan Rahimah menghabiskan lebih banyak masa dengan baby Yusof sehingga mengetepikan semua hal lain. Kerana risau, Jauhar cuba menjarakkan hubungan Rahimah dengan Yusof sehingga berlaku salah faham di antara mereka.

Episod 22
Selepas itu, Jauhar mengekori Mariam untuk mengetahui keadaan sebenar dan apa hubungan Mariam dengan Puan Sakinah. Mariam merahsiakan keadaan sebenar kerana baru saja menerima wang daripada Puan Sakinah. Sebaliknya, dia mengaku ada masalah kewangan dan malu hendak meminta wang daripada Rahimah. Atas sebab itu, dia meminta bantuan Puan Sakinah yang pernah ditemuinya dahulu. Selepas Jauhar mempercayainya, Mariam juga mengaku bahawa dia sebenarnya ada masalah dadah dan banyak berhutang di luar. Dia tidak mampu menjaga Yusof lagi dan berharap Rahimah dapat terus memeliharanya. Jauhar mahu proses itu dilakukan dengan cara sebetulnya. Mariam bersetuju lalu Jauhar pun terus berkongsi berita gembira itu dengan Rahimah.

Episod 23
Hidup Rahimah semakin ceria dengan kehadiran baby Yusof semula. Walaupun begitu, hubungannya dengan Jauhar terus bermasalah atas beberapa sebab. Pertamanya, Nurul sengaja memutarbelitkan keadaan dengan memberitahu Jauhar tentang pertemuan rahsia di antara Rahimah dengan Adli. Jauhar menyalahkan Rahimah kerana merahsiakan hal itu padahal Nurul yang suruh Rahimah tidak memberitahu Jauhar dengan alasan tidak mahu membesarkan kes. Rozana dan Mak Aini masih meneruskan kegiatan penjualan online mereka. Kisah hidup Rahimah, Nurul dan Jauhar terus dikait dan diperkatakan netizen. Rozana dan Mak Aini terus melayan pertanyaan netizen asalkan jualan mereka meningkat. Jauhar terus menyalahkan mereka dan tempiasnya turut terpalit pada Rahimah.

Episod 24
Mariam datang ke rumah Rahimah untuk melawat baby Yusof. Walaupun sudah berjanji tidak akan menganggu  keluarga Rahimah lagi, Mariam mengaku terlalu rindukan anaknya. Dia juga mengaku masalah dadahnya sudah diatasi. Dalam tangisan, dia juga merayu Rahimah agar menyerahkan baby Yusof kepadanya semula. Rahimah cuba menghubungi Jauhar tetapi panggilan itu dijawab oleh Nurul dan memberikan alasan Jauhar tidak mampu menjawab panggilan. Rahimah berkongsi masalah itu -- Rahimah tidak sampai hati menidakkan permintaan Mariam itu tetapi dia mahu mendapatkan keputusan Jauhar dulu. Nurul memutar belitkan keadaan dan menyokong keputusan Rashimah itu. Mariam terus mendesaknya lalu Rahimah terpaksa menyerahkan semula bayi itu kepadanya dan mahu dia berjanji agar tidak mengabaikan Yusof. Mariam bersetuju dan rasa terhutang budi pada Rahimah.

GAMBAR PELAKON
Rahimah Tanpa Rahim
Rahimah Tanpa Rahim
Pelakon Rahimah Tanpa Rahim
RahimahTanpaRahim