Drama Hello Jangan Tapau Cintaku (TV3)

Hello Jangan Tapau Cintaku

Nantikan drama adaptasi novel 'Hello, Jangan Tapau Cintaku' karya Hasreeyati Ramli akan ditayangkan di slot Lestary TV3. Drama bersiri 13 episod diterbitkan oleh MacheAllStar United Sdn Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman. Menampilkan lakonan Nafiz Muaz, Elisya Sandha dan Eyka Farhana. Disiarkan bermula 4 Ogos 2021 pada setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3. Juga boleh saksikan secara online menerusi aplikasi iQIYI Malaysia atau di website www.iq.com sejurus selepas habis tayangan di tv, jam 10 malam.

JUDUL : HELLO, JANGAN TAPAU CINTAKU
EPISOD : 13
TARIKH TAYANGAN : 4 Ogos 2021
WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9.00 malam 
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Norazwanizan Awang
PENULIS NOVEL : Hasreeyati Ramli
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
PRODUKSI : Mache All Star United 
PELAKON : Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Eyka Farhana, Syerinie Myra, Lisdawati, Azri Iskandar, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Sefik Khair, Mak Wan, Badrul Muhayat, Mieza Edora, Cahaya Nilam, Raden Zaharatul, Natasha Hamzah, Ikhwan Khairudin

WATAK PELAKON 
Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad
Elisya Sandha sebagai Ain Dheya
Eyka Farhana sebagai Anne Dayana
Syerinie Myra sebagai Alia
Lisdawati sebagai Mak Jah
Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
Sefik Khair sebagai Hakim
Cahaya Nilam sebagai Masniza
Mak Wan sebagai Mak Ros
Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren 
Mieza Edora sebagai Aira
Ikhwan Khairudin sebagai Reez

SINOPSIS HELLO JANGAN TAPAU CINTAKU
Mengisahkan Ain Dheya yang baru mula bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Berasal dari keluarga yang susah, Ain Dheya belajar cara hidup sederhana dan berjimat cermat. Dikenali dengan panggilan ‘Minah Tapau’, Ain tidak kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung.

Pak Long Asmadi mula berhasrat untuk menjual tanah yang sebahagiannya adalah tapak rumah yang didiami Mak Jah anak beranak. Oleh itu Pak Long meminta mereka membayar hutang sewa tanah dengan nilai 30 ribu ringgit  dalam masa dua bulan.

Ain mula mengenali perangai bosnya, Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong.

Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak 5 ribu kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.

Baginya dengan gaji yang akan diperolehi nanti bolehlah dia melunaskan hutang sewa tanah Pak Longnya walaupun secara ansur-ansur.

Pelakon Hello Jangan Tapau Cintaku
Pelakon Hello Jangan Tapau Cintaku
Pelakon Hello Jangan Tapau Cintaku
Hello Jangan Tapau Cintaku