Drama Misteri Mona (TV3)

Misteri Mona

Nantikan drama bersiri 'Misteri Mona' yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3. Menampilkan lakkonan Janna Nick, Redza Rosli dan Ruzana Ibrahim. Drama genre psiko thriller arahan Amor Rizan. Misteri Mona disiarkkan bermula 10 Disember 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 10 Disember 2020 pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : MISTERI MONA
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : 10 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Abdul Nasir, Amor Rizan
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Aquila Emas Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisha Sandha, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Zarynn Min, Zizan Nin, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim, Azhar Amir, Jeff Saly, Elly Suhail, Badsham Harun

WATAK PELAKON
Janna Nick sebagai Anom
Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
Ruzana Ibrahim sebagai Mona
Elisha Sandha sebagai Farah
Zarynn Min sebagai Laila
Zizan Nin sebagai Razlan
Ainin Batrisya sebagai Anom
Duerra Mitilda sebagai Mona
Syed Irfan sebagai Fahmi
Alif Hadi sebagai Shawn
Amir Rahim sebagai Dr Uwais
Syafi Tee sebagai Ikmal
Azhar Amir sebagai Tuan Jamal 
Jeff Saly sebagai Jali
Elly Suhail sebagai Shima 
Badsham Harun sebagai Malik

LAGU TEMA (OST)
Suatu Pernah - Fynn Jamal 
Misteri - Openg

SINOPSIS MISTERI MONA
Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya. Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.

Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian. Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata, “Aku dah lepaskan Mona……”

Siapakah Mona? Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini? Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?

GAMBAR PELAKON
Misteri Mona
Misteri Mona tv3
drama Misteri Mona
Pelakon Misteri Mona