Sir Alvin (TV3)

Sir Alvin

Saksikan telfilem sempena tahu baru cina bertajuk 'Sir Alvin' lakonan Alvin Chong, Adeline Tsen dan Roger Shak pada Sabtu ini (25 Januari) pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : SIR ALVIN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 25 Januari 2020, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Ramlah Rashid
PENGARAH : Raja Mukhriz
PRODUKSI : Layar Consult Sdn Bhd
PELAKON : Alvin Chong, Adeline Tsen, Roger Shak, A.R Badul, Elvina Chua, Rustaman

SINOPSIS SIR ALVIN
Selepas tamat pengajian di luar negara, Alvin telah dihantar bertugas di sebuah sekolah jauh dari bandar yang tiada kemudahan termasuk internet. Alvin kuat semangat demi tanggungjawab yang diamanahkan. Alvin memilih kerjaya sebagai pendidik kerana dia ingin mewarisi arwah datuknya yang juga seorang guru.

Cabaran demi cabaran terpaksa Alvin tempuhi termasuk kenakalan pelajar-pelajar di situ yang pernah membocorkan tayar motosikalnya selain turut mencuri kasutnya. Ketika dia ditimpa masalah, Dasuki datang menolongnya. Dasuki tidak bersekolah kerana kemiskinan hidupnya. Terdetik di hati Alvin, di usia yang masih muda, Dasuki terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan dia dan ibunya yang sakit.