Drama TQ Captain (Astro Ria)

TQ Captain
Nantikan drama bersiri 'TQ Captain' diinspirasikan daripada novel 'Tq Kapten' karya Qash Irdina. Diterajui oleh Hisyam Hamid dan Mawar Rashid sebagai pelakon utama. Diarahkan oleh Jamal Khan, terbitan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia. Bakal menemui penonton di slot MegaDrama saluran Astro Ria bermula 9 Disember, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10:00 malam.

JUDUL : TQ CAPTAIN
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Disember 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Megadrama (Astro Ria & Astro Ria HD)
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Arie Zaharie Production Sdn Bhd
PELAKON : Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Mark Adam, Tomok, Raf Yaakob, Natrah Khalid, Fadhli Masoot, Harris Annuar, Muntazar Ghani, Fateha Khai, Jalaluddin Hassan, Safura Ya'cob

WATAK PELAKON 
Hisyam Hamid sebagai Leftenan Komander Adam
Mawar Rashid sebagai Mikayla Mirza
Mark Adam sebagai Zafrel
Raf Yaakob sebagai Leftenan Bazli 
Fadhli Masoot sebagai Waliy
Harris Annuar sebagai Ziyad
Muntazar Ghani sebagai Naufal

SINOPSIS TQ CAPTAIN
Mengisahkan tentang seorang wartawan terkenal, Mikayla Mirza yang mempunyai iltizam tinggi dalam melaksanakan tugasannya. Mikayla yang asalnya merupakan seorang wartawan hiburan mempunyai sikap pantang dicabar dan ego yang tinggi telah dicabar oleh majikannya untuk membuat satu liputan khas dokumentari berkaitan Maritim Malaysia yang merupakan sebuah agensi yang berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang serta melakukan tugas mencari dan menyelamat di laut. Ketika Mikayla menjalankan tugasannya, menemukan dirinya dengan Leftenan Komander Maritim Adam Alauddin, seorang Pegawai Memerintah kapal KM Bagan Datuk.

GAMBAR PELAKON
Pelakon TQ Captain
Pelakon drama TQ Captain
Pelakon TQ Captain
barisan pelakon tq captain