Cinta Sesungguhnya (TV3)

Cinta Sesungguhnya

Saksikan telefilem Cinta Sesungguhnya lakonan Fikry Ibrahim, Intan Najuwa dan Nazeera Sardi pada Sabtu, 18 Mei 2019 pukul 9 malam di TV3. 

JUDUL : CINTA SESUNGGUHNYA 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 18 Mei 2019, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3
PENULIS SKRIP : Raja Azidah
PENGARAH : Amie Maziah
PRODUKSI : Creative Skill Solution
PELAKON : Fikry Ibrahim, Intan Najuwa, Nazeera Sardi, Duerra Mitilda, Laila Nasir, Khaty Azian, Zaryn Min

SINOPSIS CINTA SESUNGGUHNYA 
Tentang ketabahan seorang suami apabila dia tekad untuk mempertahankan cintanya terhadap isteri yang mengidap mental disorder. Razlan tekad untuk menjadikan Farisha sebagai isteri walaupun ditentang oleh ibunya, Norlia.

Farisha adalah penghidap paranoid schizophrenia iaitu sejenis mental disorder yang serius. Farisha menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, pakar psikitrik. Dr. Azlina nasihatkan Farisha yang dia perlu teruskan treatment tetapi Farisha membantah dan bertegas mengatakan yang dia sudah sihat.

Farisha sudah beberapa tahun menjalani rawatan di bawah pantauan Dr. Azlina, dan kini berada pada fasa stabil, namun masih memerlukan pantauan berterusan di fasa relapse prevention. Dr. Azlina bimbang dengan kedegilan Farisha yang tidak mahu lagi dipantau. Farisha tidak boleh terima apabila Dr. Azlina kata penyakitnya mungkin boleh berulang sedangkan dia yakin yang dia sudah benar-benar pulih.