Batin Aram-Aram (TV1)

Batin Aram-Aram

JUDUL : BATIN ARAM-ARAM
WAKTU SIARAN : Sabtu, 2 Mac 2019, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Panggung Seri (TV1)
PENULIS SKRIP : Sit Jasmina Ibrahim
PENGARAH : Amin Masyhur & Jefry Talib
PRODUKSI : Cineorama Sdn Bhd
PELAKON : Wan Nor Azlin, Hushairi Hussain, Azman Hassan, Iskandar Zulkarnain

SINOPSIS BATIN ARAM-ARAM
Baitini kembali ke kampung untuk menguruskan perniagaan chalet dan kelong yang ditinggalkan arwah ayahnya. Semasa beliau merantau di Kuala Lumpur, chalet dan kelong diuruskan oleh adiknya, Bahhar. Bahhar berusaha bersungguh-sungguh mengusahakan perniagaan keluarganya itu hingga adakalanya mengabaikan dirinya sendiri.

Ternyata Bahhar antara orang yang paling gembira menyambut kepulangan kakaknya itu. Namun di sebalik kegembiraan Bahhar dengan kepulangan kakaknya itu, dia tersentak dengan berita bahawa kakaknya telah berkahwin tanpa pengetahuannya. Bagi Bahhar tindakan kakaknya itu seolah-olah mengetepikannya sebagai adik.

Pada masa sama Bahhar sebenarnya berasa curiga dengan gerak geri Asyar, apatah lagi suami kakaknya itu berusia jauh lebih muda berbanding kakaknya yang sudah agak berusia. Ketika itu Asyar yang dapat merasakan layanan dingin daripada adik iparnya, Bahhar telah mengupah rakan Bahhar iaitu Azman untuk membantu beliau melaksanakan misi merampas kekayaan isterinya.