Telefilem Mentari (TV3)

Mentari

Nantikan telefilem arahan Rashid Sibir bertajuk 'Mentari' yang dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle dan Adi Putra. Akan disiarkan pada malam raya jam 10 malam di TV3. 

JUDUL : MENTARI 
WAKTU SIARAN : Khamis, 14 Jun 2018, 10:00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Rashid Sibir
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Datuk Rosyam Nor, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Adi Putra

SINOPSIS MENTARI
Mentari meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Firash. Namun ayahnya, Dato’ Ikmal sukar untuk melepaskan anak tunggal kesayangannya kerana dia bimbang akan kehilangan Mentari. Firash merupakan anak kawan baiknya sendiri. Di saat Mentari dan Firash akan disatukan, ibunya mengingatkan Dato’ Ikmal bahawa dia tidak boleh walikan Mentari kerana Mentari bukan anak kandungnya. Dia mengimbas kenangan lalu, apabila isterinya mengalami kemurungan selepas kematian bayi mereka yang berusia 3 bulan ketika itu. Oleh itu, Dato’ Ikmal mengambil anak angkat dengan bantuan pekerjanya, Khalid. Dato Ikmal hampir tidak mahu dengar ingatan ibunya, mujur dia secara kebetulan bertemu Khalid, pencuci masjid yang menyimpan telefonnya yang tertinggal. Dari situ terungkai asal usul Mentari, walaupun Mentari merajuk meninggalkan Dato Ikmal, tetapi Mentari seorang yang sangat memahami.


mentari tv3