Bunga Lalang (TV1)


Saksikan telefilem Bunga Lalang yang dibintangi oleh Afiq Muiz, Bea Rameshan, Erry Putra, Kamarol Hj Yusof dan Wan Hanafi Su. Akan disiarkan pada Sabtu, 12 Ogos 2017, pukul 9.30 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1.

JUDUL : BUNGA LALANG
TARIKH / MASA : Sabtu, 12 Ogos 2017, 9.30 malam 
SIARAN : Slot Panggung Seri (TV1,RTM)
SKRIP : Nik Affendi 
PENGARAH : Che Mie 
TERBITAN : NickNique
PELAKON :  Afiq Muiz, Bea Rameshan, Erry Putra, Kamarol Hj Yusof, Wan Hanafi Su

SINOPSIS BUNGA LALANG 
Mengetengahkan kisah sisi kehidupan seorang jaguh tomoi yang jatuh cinta dengan seorang penari tradisional Kelantan namun terpaksa berdepan dengan musuh dalam seni tomoi.

Adi yang diasuh oleh datuknya, Tok Weng untuk menjadi peninju tomoi yang handal. Masa berlalu dan apabila Adi dewasa, dia senantiasa memenangi pertandingan tomoi yang disertainya.

Meskipun dijulang sebagai juara dan namanya dikenali ramai sebagai peninju handalan namun jauh di sudut hati Adi itu bukanlah jalan yang dimahukannya. Adi tersepit antara keinginan datuknya dan cuma mengikut sahaja kehendak Tok Weng tanpa melawan sedikit pun.

Pada malam perlawanan tomoi di antara Adi dan Samrak, Mariam telah terdengar perbualan tentang rancangan untuk membunuh Adi. Iaitu dengan memberi racun kepada Adi. Mariam lari dari situ dengan keadaan yang tergesa-gesa.

Sebaik Jali menyedari yang Mariam telah mendengar perbualan mereka, Mariam telah dikejar oleh Jali. Dia tidak mahu Mariam menggagalkan rancangan mereka dengan mendedahkan perkara tersebut.