Drama Mencintaimu Mr Photographer

Mencintaimu Mr Photographer

Nantikan drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yang akan menyaksikan gandingan Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Hannah Delisha. Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Akan mula disiarkan pada 3 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Julai 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Mega Drama (Astro Ria 104 & HD 123)
SKRIP : Faten Syamimie
PENULIS NOVEL : Emma Mariam
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : MIG Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza, Mimi Ernida, Ariz Lufias, Aishah Azman, Elvina Chuam, Bernard Hiew, Ikmal Amry, Vicha Saywho, Lia Natalia

WATAK PELAKON 
Syafiq Kyle sebagai Nazmi Elyas (Jemy)
Hannah Delisha sebagai Aira Qaisara
Arash Mohd sebagai Tan Sri Megat Miqdad
Marisa Yasmin sebagai Marlia
Hairie Othman sebagai Datuk Roslan
Amy Mastura sebagai Datin Laila
Fahmy Reza sebagai Akmal
Mimi Ernida sebagai Tiara
Ariz Lufias sebagai Nazrul Elya
Aishah Azman sebagai Mila
Elvina Chua sebagai Emily
Vicha Saywho sebagai Nadia
Bernard Hiew sebagai Alan
Ikmal Amry sebagai Rahim
Carolina sebagai Tiara Muda
Amber Chia sebagai Kiki
Lia Natalia sebagai Mimi
Dilla Ahmad seabgai Dato Mialarasati 

LAGU TEMA / OST MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER
Tajuk Lagu : Jampi
Penyanyi : Hael Husaini

Tajuk : Tanda Tanya
Penyanyi : Aisyah Aziz
Video → Link

SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
Satu kejadian yang tidak sangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?

SINOPSIS NOVEL MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER
Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?  myinfotaip.com

GAMBAR PELAKON
Mencintaimu Mr Photographer

Pelakon Mencintaimu Mr Photographer
Pelakon telemovie Mencintaimu Mr Photographer