Drama Jojie Gigil (TV3)

Jojie Gigil

Nantikan drama terbaharu di slot Dahlia berjudul Jojie Gigil arahan Zul Huzaimy. Diterajui oleh oleh Ben Amir dan Elvina Mohamad. Akan ditayangkan mulai 12 Ogos, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang.

JUDUL : JOJIE GIGIL
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 Ogos 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Jaya Satri Ali, Faridah
PENGARAH : Zul Huzaimy Marzuki
TERBITAN : Wira Nusa Corporation Sdn Bhd
PELAKON : Elvina Mohamad, Ben Amir, Syafnida Shuhaimi, Syaffiq Sahli, Fana Azizan, Raja Azura, Zaidi Omar, Ross Hassan, Muhd Izwan, Chomel Farhana, Leyla Krisya, Durerra Mitilda, Indah Emeerlda

WATAK PELAKON 
Elvina Mohamad sebagai Jojie
Ben Amir sebagai Adam
Syaffiq Sahli sebagai Jamil
Syafnida Shuhaimi sebagai Lorna
Raja Azura sebagai Joyah
Zaidi Omar sebagai Dato Shaari
Chomel Farhana sebagai Onie
Fana Azizan sebagai Rina
Ross Hassan sebagai Sam
Muhd Izwan sebagai Azman
Leyla Krisya sebagai Rohana
Durerra Mitilda sebagai Manis
Indah Emeerlda sebagai Tara

LAGU TEMA / OST JOJIE GIGIL 
Cahaya - Eyaza Bahra
Iya Iya - Eleena Harris
Jangan Kejutkan Aku - Azren Albakri

SINOPSIS JOJIE GIGIL 
Mengisahkan seorang gadis bernama Jojie (Elvina Mohamad) yang merupakan anak perempuan kepada Kak Joyah (Raja Azura), seorang janda cantik dan popular dalam kalangan penduduk kawasan rumah mereka. Meskipun Kak Joyah digemari orang ramai, tetapi anaknya Jojie kerap dibuli oleh pelajar-pelajar lain di kolej kerana mempunyai cara pemakaian yang agak pelik.

Kak Joyah tidak peduli tentang persepsi orang lain terhadap Jojie dan dia menyayangi puterinya itu bagai menatang minyak yang penuh. Pada suatu hari, Jojie dan sahabat baiknya telah pergi berkelah di sebuah kawasan air terjun. Rupa-rupanya, buah hati Jojie iaitu Adam (Ben Amir) dah rakannya turut berkelah di tempat yang sama!

Adam cuba menyakat Jojie namun gurauannya itu bertukar menjadi tragedi apabila Jojie terjatuh ke dalam sungai dan dibawa pergi oleh arus yang deras. Kepala Jojie terhentak pada sebuah batu besar dan menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Peristiwa hampir mati lemas itu telah menyebabkan Jojie menjadi lebih aneh. Kadang-kala, Jojie akan berkhayal dan menggigil secara tiba-tiba ketika melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya, Jojie dikurniakan kebolehan untuk melihat perkara yang akan berlaku.

Pada mulanya, ibu dan rakan-rakan Jojie sendiri tidak percaya tentang kelebihan yang dimiliki Jojie ini. Mereka sangkakan Jojie telah diganggu oleh makhluk halus. Akan tetapi, Jojie bersifat positif dan tidak menganggap kebolehan unik ini sebagai suatu beban, malahan dia ingin menggunakan ia untuk membantu orang lain mengelak daripada ditimpa kemalangan.

Mampukah Jojie menjadi ‘superhero’ kesayangan orang ramai? 

GAMBAR PELAKON
Jojie Gigil

Pelakon Jojie Gigil
Pelakon drama Jojie Gigil