Sawadee Thirat (TV1)

Sawadee Thirat TV1

Saksikan telefilem Sawadee Thirat akan datang di slot Panggung Seri TV1 pada Sabtu ini, 6 Ogos 2016 jam 9.30 malam. Cerita yang penuh aksi, percintaan dan budaya masyarakat siam Kelantan. Dilakonkan oleh Zahiril Adzim, Zek Zamri, Natasha Elyzza dan ramai lagi. Sebuah telefilem arahan Datuk Seri T.S. Jeffry terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd.

JUDUL : SAWADEE THIRAT
TARIKH / MASA : Sabtu, 6 Ogos , 9.30 malam
SIARAN : Slot Panggung Seri TV1 (RTM)
PENGARAH : Datuk Seri T.S. Jeffry
TERBITAN : Pentas Wayang Production Sdn Bhd
PELAKON : Zahiril Adzim, Zek Zamri, Natasha Elyzza, Zoee Tan, Wan Hanafi Su, Wan Suhaimi

SINOPSIS SAWADEE THIRAT
Bertemakan nostalgia perhubungan lama telah berputik kembali diantara Kiet (Wan Suhaimi) dan Wilai (Zoee Tan). Setelah 25 tahun berpisah Wilai dan anaknya balik ke kampung. Kisah percintaan dua kekasih lama yang sanggup korban untuk menyatukan anak saudara Kiet dan anak Wilai iaitu Thirat.

Sawadee Thirat mengangkat kisah percintaan tiga segi di antara Nizam (Zek Zamri), Wichai (Zahiril Adzim) dan Thirat (Natasha Elyzza) yang mana telah berlaku setelah pertunangan diantara Thirat dan Wichai. Wichai telah cemburu pada Nizam yang bersama berbincang hal perniagaan dengan Thirat sehingga berlaku pergaduhan.

Wilai merasa dukacita dengan apa yang berlaku terhadap mereka yang bertelagah. Sebagai usaha untuk mengembalikan perdamaian di antara semua yang terlibat. Kiet dan Pak Derani telah jodohkan Wichai dan Thirat. Wichai berjanji akan menjadi suami yang baik kepada Thirat.

GAMBAR PELAKON

Pelakon Sawadee Thirat
Pelakon telefilem Sawadee Thirat