Drama Semerah Cinta Humairah (TV3)

Semerah Cinta Humairah

Nantikan drama bersiri Semerah Cinta Humairah untuk slot Samarinda TV3. Mengandingkan Fahrin Ahmad dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Drama 15 episod arahan sutradara Zamri Zakaria. Akan disiarkan bermula 24 Julai 2018, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : SEMERAH CINTA HUMAIRAH
JUMLAH EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 24 Julai 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Zarihah Hassan, Amin Shakib, Azmy Ariff, Shida Zali
IDEA ASAL : Noor Afiza Kamarulzaman
PENGARAH : Zamri Zakaria
TERBITAN : Orangtree Production Sdn Bhd
PELAKON : Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah, Wan Sharmila, Fimie Don, Fadilah Mansor, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, Zeika Khamis, Ainul Aishah , Fish Fazil, Ramli Saleh, Hisham Bakar, Sherwin Sim, Hadi Nawawi, Nisa Rissa, Ayu Azlina, Sheeda Ali, Mahsuri Jesuli

WATAK PELAKON 
Janna Nick sebagai Humairah
Fahrin Ahmad sebagai Shahir
Wan Sharmila sebagai Camelia
Fadlan Hazim sebagai Saiful
Idzham Ismail sebagai Hisham
Kuza sebagai Datin Suria
Mahmud Alibashah sebagai Datuk Kamarul
Zeika Khamis sebagai Nazira
Fimie Don sebagai Hasrul
Ainul Aishah sebagai Sheila
Hafidzuddin Fazil sebagai Pak Zali
Fadilah Mansor sebagai Hamidah
Kismah Johar sebagai Mak Cik Wardah
Feiyna Tajudin sebagai Husna

LAGU TEMA / OST 
Aepul Roza - Dusta

SINOPSIS SEMERAH CINTA HUMAIRAH 
Humairah meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir. Shahir yang tidak teruja, bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun dia mempunyai kekasih iaitu Camelia. Dia mengahwini Humairah demi ibunya. Mereka berdua tidak pergi berbulan madu, sebaliknya Shahir ke China kerana urusan kerja dan membawa Camelia bersama.

Humairah mengandung dan akhirnya melahirnya anak lelaki diberi nama Harith. Saiful, kekasih lama Humairah dan juga adik kepada Shahir pulang dari London membuatkan Shahir cemburu. Camelia pula terus mencari helah memisahkan mereka. Musibah menimpa Shahir apabila ditimpa kemalangan dan mengalami lumpuh.

GAMBAR PELAKON
Semerah Cinta Humairah