,

Ketupat Untuk Ariana (TV3)

June 09, 2018

Ketupat Untuk Ariana

Saksikan gelagat empat kanak-kanak lakonan Habiel Lutfillah, Arel Azimi, Syed Ali Murtadha dan Qistina Raisah dalam telefilem Ketupat Untuk Ariana pada hari Ahad ini pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : KETUPAT UNTUK ARIANA
WAKTU SIARAN : Ahad, 10 Jun 2018, 9:00 malam
SIARAN TV : CerekaAhad (TV3)
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri / Khairul Kiasan
PENGARAH : Ahmad Idham
TERBITAN : Primework Studios Sdn Bhd
PELAKON : Jalil Hamid, Habiel Lutfillah, Arel Azimi, Syed Ali Murtadha, Qistina Raisah, Aliff Yasraf

SINOPSIS  KETUPAT UNTUK ARIANA
Mengisahkan tiga kanak-kanak Anip, Bidin dan Caon, mereka merupakan sepupu dan sering balik ke kampung. Segalanya dilakukan bersama-sama sehinggalah Ariana muncul. Ariana, budak bandar yang menjadi kegilaan budak-budak kampung termasuklah Anip, Bidin dan Caon. Seminggu sebelum raya, mereka mula bertelagah dan bermasam muka sesama sendiri untuk cuba mengambil hati Ariana. Akhirnya, pak cik mereka Husin, terpaksa merancang sesuatu untuk merapatkan mereka kembali.

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow