Drama Cinta Bukan Kristal (TV3)

Cinta Bukan Kristal

Nantikan drama bersiri Cinta Bukan Kristal yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Turut dibintangi oleh Raja Afiq, Nina Iskandar, Nazrief Nazri, Ayu Raudhah dan ramai lagi. Drama terbitan Orangetree Production dibawah arahan Shuhaimi Zulkefli. Akan disiarkan bermula 8 Ogos ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam di TV3.

JUDUL : CINTA BUKAN KRISTAL
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Ogos 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Anina Sahal, Nana Khalil, Shuhdatul Ain, Siti Solehah
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Doria Rachel Jolly, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi, Farzana Latiff, Syed Muhammad Irfan, Amanda Misbun, Bella Nazari, Wan Nor Azlin, Siti Chubby, Azzahra Ahmad, Fathil Dani, Ramli Salleh

WATAK PELAKON 
Sharnaaz Ahmad sebagai Adrian Hilman
Ayda Jebat sebagai Aryana
Nina Iskandar sebagai Sofea Darlina
Raja Afiq sebagai Syafiq
Dayana Roza sebagai Ika
Nazrief Nazri sebagai Faiz
Ayu Raudhah sebagai Mak Su Faridah
Fauziah Nawi sebagai Opah Timah
Farzana Latiff sebagai Danisya
Syed Muhammad Irfan sebagai Hakim
Doria Rachel Jolly sebagai Edrina
Esma Dainal sebagai Dato Manan
Hazman Al-Idrus sebagai Ali
Amanda Misbun sebagai Syira
Bella Nazari sebagai Laila

LAGU TEMA / OST
Sufian Suhaimi - Di Matamu

SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL
Kisah mengenai Aryana, gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga. Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Hancurkah kebahagiaan yang dibina selama ini?

GAMBAR PELAKON
Cinta Bukan Kristal
Pelakon Cinta Bukan Kristal
Pelakon drama Cinta Bukan Kristal