Drama Nafas (ntv7)

nafas ntv7

Drama berjudul 'Nafas' bakal bersiaran di ntv7 melalui slot Galamadrama. Menampilkan gandingan Kilafairy dan Erwin Dawson. Turut dibintangi oleh Cristina Suzanne, Fahad Iman, Thanuja Ananthan, Sarah Hildebrand, Donna Muslim, Nadia Brian dan ramai lagi. Drama bersiri 24 episod arahan Bahri Uma. Disiarkan bermula 11 Mei 2018, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 8:30 malam di ntv7.

JUDUL : NAFAS
JUMLAH EPISOD : 24 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
SIARAN TV : Slot Glamadrama (ntv7)
PENULIS SKRIP : Eja Lorena, Khairul Bariah, Mami Zubi, Shida Zali
PENGARAH : Bahri Uma Bajuri
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Kilafairy, Erwin Dawson, Cristina Suzanne, Thanuja Ananthan, Sarah Hildebrand, Donna Muslim, Fahad Iman, Nadia Brian, Daler Yusuf, Emelda Rosemila, Hefny Sahad, Susan Manen, Ainin Batrisya, Iswan Ismail, Idzham Ismail

WATAK PELAKON 
Kilafairy sebagai Khadijah
Erwin Dawson sebagai Amar
Cristina Suzanne sebagai Fazilah
Thanuja Ananthan sebagai Trisha
Sarah Hildebrand sebagai Shila
Donna Muslim sebagai Syamil
Fahad Iman sebagai Zoey
Emelda Rosemila sebagai Zulaika
Nadia Brian sebagai Alya
Accapan sebagai Uncle Raj
Daler Yusuf sebagai Uwais
Hefny Sahad sebagai Farid
Sasha Bashir sebagai Datin Melissa
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Iskandar
Sharmaine Farouk sebagai Puan Suraya
Daniel Fong sebagai Mr Chan

LAGU TEMA / OST 
Naim Daniel - Sekali Lagi
Ismail Izzani - Demi Kita

SINOPSIS NAFAS 
Khadijah seorang gadis kolej jurusan Diploma Pengurusan Hotel and Pelancongan mempunyai beberapa senarai impian and matlamat yang ingin dicapainya sebelum usianya menginjak 30. Namun takdir menguji apabila Khadijah disahkan menghidap penyakit barah paru-paru tahap tiga. Perubahan sikap Khadijah membuatkan ibu dan abangnya mendaftar Khadijah di Cancer Support Group. Di sana, Khadijah berkenalan dengan Amar yang menghidap leukemia. Khadijah sekali lagi diuji dengan kematian ibunya. Amar banyak membantu Khadijah untuk memulihkan semangatnya. Namun tidak lama selepas itu, Amar juga meninggal dunia.

GAMBAR PELAKON
pelakon nafas ntv7
pelakon utama drama Nafas