Sinopsis KL Special Force

February 08, 2018

KL Special Force

Filem terbaru arahan Syafiq Yusof berjudul KL Special Force bakal menemui penonton di pawagam pada 8 Mac ini. Filem bercorak aksi ini dibintangi oleh Fattah Amin, Rosyam Noor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Mahmud Ali Basyah dan ramai lagi. 

TAJUK : KL SPECIAL FORCE
Tarikh Tayangan : 8 Mac 2018
Genre : Aksi
Pengarah : Syafiq Yusof
Terbitan : Skop Production, Damofa Productions, Viper Studios
Pelakon : Fattah Amin, Rosyam Noor, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Basyah, Shaharuddin Tambi, Esma Denial, Puteri Balqi, Sabrina Ali, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla Hogan, Siraj Alzakap, Ruzzlan Abdullah Shah

SINOPSIS KL SPECIAL FORCE
Mengisahkan tentang sekumpulan Unit Khas PDRM yang diketuai oleh Roslan yang berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang diketuai oleh Asyraff. Kumpulan perompak yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis. Seorang anggota polis muda bernama Zul yang berjiwa besar diserapkan dalam Unit Khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syak wasangka diantara Roslan danZul. Taktik asyraff menimbulkan stigma dan pergolakan diantara anggota di dalam unit khas tersebut. Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar dengan isterinya yang bernama Diana. Zul juga mengalami masalah yang sama dengan tunangnya Mia yang merupakan anak kepada pengerusi bank Damofa iaitu Dato' Mior. Sebuah rahsiah bakal terbongkar apabila geng anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato' Mior. Apakah rahsia tersebut? Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis? 


You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow