Sinopsis Filem Busker (2018)

January 10, 2018

Busker 2018

Filem Busker arahan Syed Khairul Fariz membuka tirai filem tempatan tahun 2018 dengan sebuah karya yang mengangkat pemuzik busker sebagai paparan utama. Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd ini dijayakan oleh pelakon muda seperti Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan. Turut menyaksikan kemunculan istimewa MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimate. Filem ini juga bakal dihiasi dengan 21 lagu terdiri daripada lagu baru dan juga lagu khas untuk filem ini.

JUDUL : BUSKER
TARIKH TAYANGAN : 11 Januari 2018
GENRE : Romantik / Remaja
PENGARAH : Syed Khairul Fariz
TERBITAN : Tayangan Unggul Sdn Bhd / Astro Shaw Sdn Bhd
PELAKON : Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, MonoloQue, Man Bai, Elizabeth Tan, Jihan Muse, Mark Adam, Altimate

SINOPSIS BUSKER
Filem Busker mengisahkan sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi.  Kisah pada mulanya berkisarkan tentang Adil dan Vera  yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama untuk tugasan akademik di kolej dan mula semakin rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel. Vera mencadangkan untuk Adil menyertai pertandingan Busker supaya dapat memenangi hati Mel semula. Tetapi sebagaimana mereka meluangkan masa bersama, Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil. Adil berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri. Adakah Adil akan kembali kepada Mel, dan adakah cinta Vera bertepuk sebelah tangan?


LAGU TEMA / OST FILEM BUSKER 
Lagu : Atma Jiwa 
Artis : Simfoni Dalam Poket 
Komposer & Lirik : Monoloque


You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow