Drama Monalisa (Astro Prima)

MonaLisa

Nantikan drama bersiri Mona Lisa adaptasi daripada drama Korea berjudul 'Two Women's Room'. Menampilkan gandingan pelakon Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, dan Hafreez Adam. Drama rantaian 80 episod arahan Shahrulezad Mohameddin. Saksikan drama MonaLisa bermula 20 mac ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Astro Maya HD.

JUDUL : MONALISA
EPISOD : 80 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Mac 2018
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 6:00 petang
SIARAN : Slot Tiara (Astro Prima 105 & Maya HD 135)
PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada
TERBITAN : Radius One Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Mona Allen, Nazim Othman, Hafreez Adam, Amyza Adnan, Iman Suhana, Roy Azman, Laila Nasir, Elmy Moin, Fatin Afeefa, Shah Radhi Hazvee, Shahriza Mahmud, Norsuhana, Abdullah Helmy, Zulkili

WATAK PELAKON 
Zara Zya sebagai Melissa
Mona Allen sebagai Ramona Herman
Nazim Othman sebagai Johan
Hafreez Adam sebagai Chef Adam Hakim
Roy Azman sebagai Tuan Mazlan
Amyza Aznan sebagai Rogayah
Shahriza Mahmud sebagai Jamilah
Laila Nasir sebgai Puan Marlia

SINOPSIS MONALISA
Mengisahkan Melissa, seorang wanita jelita yang mempunyai segala-galanya dan juga merupakan pewaris kepada perniagaan hotel mewah lima bintang. Beliau juga mempunyai teman lelaki bernama Johan yang juga merupakan pengurus besar di hotel berkenaan.

Kehidupan beliau yang sempurna mula berubah apabila seorang wanita bernama Ramona muncul dalam hidupnya. Melisa dan Ramona mula berkawan, tetapi secara diam Ramona sebenarnya begitu mencemburui kehidupan yang Melisa miliki dan merancang untuk merampas kebahagian tersebut.

Konflik sebenar bermula apabila Melisa membuat keputusan untuk tidak berdiam diri dan mempertahankan hak yang beliau miliki.

GAMBAR PELAKON
Drama Monalisa