Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (2017)

October 25, 2017

Separuh Akhir Muzik-Muzik 32

Peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-32 (MM32) mempertaruhkan 30 buah lagu yang bakal bertanding selama tiga minggu bermula Ahad, 29 Oktober hingga 12 November 2017. Separuh Akhir MM32 akan disiarkan menerusi saluran TV3 jam 10 malam secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hefny Sahad.

Lima lagu daripadanya layak melalui 'showcase' MM32 iaitu Lebih Sempurna nyanyian Syamel, Segalanya (Haqiem Rusli), Warkah Untukku (Ara Johari), Jampi (Hael Husaini) dan Tergantung Sepi (Haqiem Rusli). Kesemua mereka akan bersaing merebut 12 tempat ke Anugerah Juara Lagu 32 yang dijangka berlangsung pada bulan Februari 2018. 

SENARAI LAGU SEPARUH AKHIR SEMI FINAL MUZIK MUZIK 32 #SFMM32

MINGGU PERTAMA (29 OKTOBER 2017)
1. Projector Band - Aisyah (Komposer & Lirik: Razif)
2. Salma Asis - Akhirnya Cinta (Komposer: Ajai/Lirik: Slen)
3. Syamsul Yusof & Mawi - Bukan Propaganda (Komposer & Lirik: Syamsul Yusof)
4. Tajul Arif & Wany Hasrita - Di Sana Cinta Di Sini Rindu (Komposer & Lirik: Patrick Khamis)
5. Khai Bahar - Bayang (Komposer: Alam/Lirik: Anahoda)
6. Caliph Busker - Sejati (Komposer & Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan)
7. Ayda Jebat - Mata (Komposer & Lirik: Audi Mok, Ayda Jebat & Shazee Ishak)
8. Altimet - Amboi (Komposer: Navigator/Lirik: Altimet
9. Hazama & The Penglipurlara - Aku Yang Sebenar (Komposer: M. Nasir/Lirik: Ad Samad)
10. Haqiem Rusli - Segalanya (Komposer & Lirik: Ibnu, Gouffran & Danny)

MINGGU KEDUA (5 NOVEMBER 2017)
1. Drama Band & Haiza - Jangan Pernah Berdusta (Komposer & Lirik: Aepul Roza)
2. Sufi Rashid - Aku Sanggup (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim)
3. Tomok & Black - Rempuh (Komposer: Omar K, Ezra Kong & John Jeevasingham/Lirik: Hael Husaini & Zel)
4. Aizat Amdan - Jangan Menangis (Komposer & Lirik: Faizal Tahir, Mike Chan & Aizat Amdan)
5. Sufian Suhaimi - Harus Aku (Komposer & Lirik: Sirkhan)
6. Floor88 - Zalikha (Komposer & Lirik: Zai Hamzah)
7. Ara Johari - Warkah Untukmu (Komposer: Hang Nadim/Lirik: Laq)
8. Aiman Tino - Permata Cinta (Komposer: Apit/Lirik: ACK)
9. Dayang Nurfaizah - Separuh Mati Ku Bercinta (Komposer & Lirik: Ajai)
10. Siti Nordiana - Terus Mencintai (Komposer & Lirik: Nana Alias) 

MINGGU KETIGA (12 NOVEMBER 2017)
1. Syamel - Lebih Sempurna (Komposer & Lirik: Syamel)
2. Tajul Arif - Sedalam Dalam Rindu (Komposer: Alam/Lirik: Bazil & Iwan)
3. Atmosfera - Berakhirlah Sudah (Komposer & Lirik: Rayner Rupin)
4. Ronnie Hussin - Menanti Janji (Komposer & Lirik: Ippo Hafiz)
5. Akim & The Majistret - Lagu Untuk Laila (Komposer: Hang Nadim/Lirik: Laq)
6. Haqiem Rusli - Tergantung Sepi (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu)
7. Hael Husaini - Jampi (Komposer & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong)
8. Wany Hasrita - Menahan Rindu (Komposer & Lirik: Gouffran & Ibnu)
9. Syamel & Ernie Zakri - Aku Cinta (Komposer & Lirik: Syamel)
10. Ismail Izzani - Sabar (Komposer & Lirik: Adib Hamdi, Omar K, Zayn & Ismail Izzani)

You Might Also Like

0 comments

recent posts

Facebook

Follow