Super Spontan Superstar 2017

September 07, 2017

Super Spontan Superstar 2017

Program realiti lawak spontan, ‘Super Spontan Superstar 2017' akan bersiaran selama 8 minggu dipancarkan secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang mulai 8 September 2017 (Jumaat), jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) serta siaran serentak di Warna HD (saluran 124). Sebanyak 16 orang peserta yang terlibat terdiri daripada pelawak serta selebriti terkenal tanah air. 

Kesemua pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ diketuai oleh Achey dan turut dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn. Kumpulan yang kedua pula iaitu kumpulan ‘King Musang’ juga terdiri daripada barisan pemain yang bukan calang-calang. Diketuai oleh Shuib, ‘King Musang’ dianggotai oleh Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.

Peserta Super Spontan Superstar 2017
Barisan Peserta Super Spontan Superstar 2017
Dato’ AC Mizal sekali lagi mengalas sebagai pengacara. Amir Raja Lawak pula akan bertindak sebagai ‘Pengacara Bersama’ yang akan menanyakan pelbagai soalan panas kepada kedua-dua kumpulan untuk menghangatkan suasana permainan. Afdlin Shauki pula kekal sebagai ‘Komentator’ yang akan membuat ulasan ringkas mengenai persembahan setiap kumpulan sambil ditemani selebriti jemputan mingguan.

Daripada segi pemarkahan pula, program ini memberi kuasa mutlak kepada penonton untuk penentuan pemenang mingguan samada kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ atau ‘King Musang’ menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS). Setiap minggu kumpulan yang mendapat markah tercorot harus menyingkirkan seorang peserta daripada kumpulan mereka. Berbeza untuk minggu akhir, undian akan dilakukan bukan mengikut kumpulan tetapi mengikut individu bagi penentuan juara, naib juara, pemenang tempat ketiga dan seterusnya. Talian undian secara SMS akan dibuka secara rasmi pada 8 September 2017, Jumaat pada jam 10.00 malam.

Juara ‘Super Spontan Superstar 2017’ akan membawa pulang RM100,000.00 beserta trofi. Naib juara akan meraih RM50,000.00 dan trofi manakala pemenang tempat ketiga akan memenangi RM25,000.00 dan trofi. Pemenang tempat keempat sehingga kelapan pula akan mendapat wang sagu hati bernilai RM5,000.00 setiap seorang.

You Might Also Like

1 comments

  1. Host mengada ngada... tergeliat geliat... over action... tak professional...langsong... lawak bodoh... cara menghibur pun mcm orang bodoh... siapa lah orang dlm astro pilih orang ni... ali ...

    ReplyDelete

recent posts

Facebook

Follow