Roda Ceketeng (TV2)

Roda Ceketeng TV2

Telefilem Roda Ceketeng mengangkat kisah sukan rakyat yang popular di Johor. Dilakonkan oleh Talha Harith, Sari Yanti, Kazar Saisi, Adam Shah dan Amir Raja Lawak. Akan disiarkan pada hari Jumaat, 28 Julai, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2.

JUDUL : RODA CEKETENG 
TARIKH / MASA : Jumaat, 28 Julai 2017, 9.30 malam
SIARAN : Slot Citra (TV2 - RTM)
SKRIP : Ajak @ Kazar
PENGARAH : Mejar Zainal Hayat
TERBITAN : Trek Hasrat Sdn Bhd
PELAKON : Talha Harith, Sari Yanti, Kazar Saisi, Adam Shah, Amir Raja Lawak, Feiyna Tajudin 

SINOPSIS RODA CEKETENG 
Mengisahkan niat Norman untuk menjadi pelumba motor lasak mendapat tentangan daripada ayahnya Pak Jamil sehingga beliau dihalau dari rumah. Namun tidak lama membawa hatinya yang kecewa di bandar, Norman merancang pulang ke semula ke kampung akibat kesempitan wang. Begitu pun hajatnya tidak kesampaian apabila beliau tercedera semasa berlumba motor.

Beliau kemudiannya menumpang di rumah Johan dan tidak mahu kembali ke rumahnya kerana terkenangkan kisah dahulu dihalau ayahnya. Pak Jamil pula tetap dengan egonya walau dipujuk isteri dan anak perempuannya.

Taib merupakan dalang yang sering memfitnah Norman kerana beliau ingin mencuri hati Sarah yang merupakan buah hati Norman. Sarah menghadiahkan sebuah Ceketeng buat Norman untuk memasuki perlumbaan Ceketeng Tahunan yang diadakan di kampungnya yang pernah dimenangi oleh Pak Jamil sebanyak 3 kali berturut-turut.

Ceketeng Norman telah disabotaj dan Pak Jamil menarik diri daripada perlumbaan dan memberi Ceketengnya untuk digunakan Norman. Pak Jamil menyuruh Norman kembali ke rumah dan menghadiahkannya sebuah motosikal lasak sebagai tanda kasih seorang ayah kepada anaknya

Roda Ceketeng